Berjam-jam tunggu baru dapat penumpang! Itu antara alasan diberikan oleh pemandu teksi mengapa mereka dikatakan terpaksa caj tambang mahal dan tidak menggunakan meter.
Tapi sebab musabab yang diberikan itu tidak boleh dijadikan sandaran konkrit untuk mengenakan caj perkhidmatan tinggi.
Apakah benar ketiadaan penumpang ini menjadi penyebab utama? Tapi apabila melihat situasi yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Bahawa semua itu hanyalah lakonan bagi mengaut keuntungan.
Gambar yang dilampirkan di dalam artikel ini menunjukkan para pelancong dalam dan luar negara beratur panjang bagi mendapatkan perkhidmatan teksi bandar.
Apa yang peliknya, situasi beratur panjang ini sering berlaku selepas pukul 10.30 malam dan belanjutan sehingga pukul 12 pagi. Kemana perginya semua teksi ni? Mengapa semua menghilang serentak?
Apabila melihat pada jurang masa, rasanya ramai sudah dapat mengagak apa sebenarnya berlaku. Rupa-rupanya para pemandu teksi ini sengaja untuk tidak mengambil penumpang selepas jam 10:30malam.
Mereka ini akan berehat minum atau berhenti jauh dari kawasan mengambil penumpang sementara menanti waktu pukul 12 pagi. Ini kerana tujuan para pemandu teksi ini adalah untuk mendapat bayaran caj tambahan 50% bagi perjalanan lepas 12 pagi.
Jika dulu teksi bandar ini begitu bising manyalahkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana kekurangan pendapatan. Dengan itu, SPAD pun membuka peluang buat mereka bagi menurun dan mengambil penumpang di lapangan terbang KLIA.
Bila peluang sudah terbuka luas. Para pemandu teksi ini pula tidak mengharginya dengan membuat perangai seperti dinyatakan tadi. Di harap pihak penguatkuasa SPAD mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu teksi KLIA yang mengelat dalam melaksanakan tugas.
No comments:
Post a Comment