Wednesday, February 26, 2014

Servis Teksi Gersang Tergendala


Servis ke neraka jawabnya ni! Akhir zaman begini pelbagai perkara yang kita sangka tidak berlaku sudah pun berlaku sedikit demi sedikit. Memang jahanam kalau ada servis begini dalam industri pengangkutan awam negara.

Teksi gersang yang disebutkan ini bukanlah servis mencari pelanggan, tetapi lapar mencari mangsa. Ini berikutan akhbar The Star beberapa hari sudah, melaporkan pemandu teksi yang tak tahan lepas gian terhadap penumpangnya. 

Ini bukan pertama kali perlakuan biadap teksi begini kita dengar. Tahun sudah dilaporkan juga pemandu teksi yang tanpa segan silu menganggu pelancong arab di KLCC dengan menggunakan kata-kata lucah!! KLIK SINI

Sikap para pemandu beginilah yang merosakkan kepercayaan pengguna perkhidmatan awam dalam dan luar negara. Disebabkan sikap mereng satu dua pemandu teksi ini, habis imej negara tercalar di mata dunia. Perlu diingat, kesannya bukan sahaja terhadap industri teksi, malah menjejaskan industri pelancongan. 

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Kamal menyelar kebiadapan pemandu-pemandu teksi ini. Pihak SPAD begitu komited memperbaiki imej industri teksi, tapi pemandu teksi pula buat hal melanggar peraturan .



"Mana-mana individu yang didapati bersalah tidak layak berkhidmat dalam industri ini kerana ia merupakan satu penghinaan tehadap profesion pemandu teksi". Tegas Mohd Nur.

Oleh itu, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak berkompromi dan akan mengenakan hukuman berat seperti denda dan pembatalan lesen. 

Dalam insiden terbaru ini pihak Suruhanjaya telah bertindak responsif menjejak pemandu teksi gersang ini. 

Difahamkan pemandu terbabit telah pun ditangkap setelah beliau di panggil oleh bahagian Penguatkuasaan SPAD di Persada Plus, Subang Jaya. SPAD telah memaklumkan kepada Polis tentang kehadiran di Persada Plus petang semalam.

No comments:

Post a Comment