Kalau dulu tambang RM30-50 seorang, kini sudah meningkat menjadi RM50-80 seorang! Dari maklum balas yang perisik terima, ada juga bas sekolah mengenakan tambang melampau semahal RM100 seorang untuk jarak perjalanan dari rumah ke sekolah kurang dari 3km! Gilerr wei!
Kenaikan tambang untuk seorang anak ni dah cukup untuk membuatkan ibu bapa garu kepala memikir mana nak cekau duit. Ini pula mereka yang mempunyai 3-4 orang anak? Mau tertanggal kepala mak bapak dibuatnya.
Tapi Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) yang mempunyai 14,000 ahli seluruh negara menafikan berlaku kenaikan tambang ini. Nampaknya ada dikalangan pengusaha bas sekolah yang ikut nafsu gelojoh menaikkan tambang tanpa persetujuan Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Walhal SPAD sudah memberi peringatan bahawa kajian teliti perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum memutuskan kadar yang terbaik supaya golongan ibu bapa yang merupakan pengguna dan pengusaha bas tidak terbeban antara satu sama lain.
Namun begitu, aduan ibu bapa mendedahkan bahawa ramai pengusaha bas sekolah sudah pun secara diam-diam menaikkan tambang tambahan RM5-RM10 seorang. Bila ini berlaku, kerajaan pula dipersalahkan?! Sedangkan yang menaikkan sesuka hati adalah pengusaha bas sekolah.
Kritikan yang datang pula dengan mudah menyalahkan SPAD yang dikatakan tidak menjalankan tugas memantau dan mencegah kenaikan tambang ini?! Idea yang diutarakan memang nampak simple tapi tidak praktikal.
Jumlah penguatkuasa SPAD lebih kurang 1,000 orang. Nak buat pemantauan terhadap 14,000 ahli GPPBSM! 1:14! Itu belum lagi kira yang bukan ahli! Jadi tidak praktikal sama sekali.
Tak perlulah juak pembangkang hendak pusing akan perkara ini. Situasi ini serupa berlaku dikalangan penguatkuasa yang lain seperti Polis yang mempunyai 120ribu anggota untuk menjaga lebih 25 juta penduduk Malaysia! 1:200! Memang tidak mencukupi.
Langkah terbaik yang harus dilakukan oleh rakyat khususnya ibu bapa adalah dengan tampil membuat laporan kepada SPAD. Cara ini lebih efisyen berbanding menanti pihak SPAD melakukan risikan bagi mengumpulkan bukti.
Jadi ibu bapa disaran membuat laporan rasmi, dengan memberikan bukti resit, nombor perdaftaran bas dll maklumat yang difikirkan dapat membantu SPAD mengambil tindakan undang-undang terhadap pengusaha bas sekolah yang menaikkan tambang sewenang-wenangnya.
No comments:
Post a Comment