Monday, January 27, 2014

Perhentian Bas Henti-Henti Dipindah Sementara



Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan bahawa hentian akhir perkhidmatan bas di beberapa lokasi akan dipindahkan sementara berkuatkuasa 18 Januari 2014 bagi mengurangkan kesesakan lalul lintas serta menjaga keselamatan pengguna pengangkutan awam bas.

Perhentian akhir bas yang terlibat ini akan dipindah sementara ke Hentian Akhir Bandar di Jalan Munshi Abdullah. Perhentian bas yang terlibat adalah:

1- Hentian Akhir Jalang Hang Kasturi
2- Hentian Akhir Lebuh Pudu
3- Hentian Akhir Jalan Petaling (Bangkok Bank)
4- Hentian Akhir Medan Pasar.

Hentian Akhir Bandar di Jalan Munshi Abdullah ini akan ditempatkan secara berpusat bagi menempatkan dua kategori perkhidmatan bas henti-henti. Iaitu kategori perkhidmatan bas henti-henti  laluan jarak jauh koridor Jalan Ipoh dan Jalan Pahang.  

Manakala kategori bas henti-henti laluan jarak dekat, bas hanya dibenarkan untuk mengambil serta menurunkan penumpang sahaja dan tidak dibenarkan untuk berhenti di Hentian Akhir Bandar. Untuk maklumat lanjut mengenai perubahan baru ini, sila layari laman web www.spad.gov.my.

No comments:

Post a Comment