Monday, January 27, 2014

Kempen Kesedaran & Pematuhan SPAD ICOP-SHE Dilancar!!


Baru-baru ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang di pengerusikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar telah melancarkan Kempen Kesedaran dan Pematuhan SPAD ICOP-SHE bagi memberi kesedaran kepada pengendali bas dan kenderaan barangan. Turut sama hadir dalam pelancaran tersebut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

Kempen ICOP-SHE atau Tata Amalan Industri Keselamatan dan Kesihatan ini digerakkan bagi mengingatkan para pengendali, walaupun teknologi terbaik dilengkapkan kepada kenderaan mereka.  Ianya tidak berguna jika sikap pemandunya sendiri tidak berdisplin serta gagal mematuhi keselamatan jalan raya. 

Sikap pemandu beginilah yang membantutkan usaha bagi menambahbaik sistem pengangkutan awam Malaysia.

"Apa yang kita laksanakan sekarang adalah sebagai titik permulaan bagi membangkitkan kesedaran dikalangan pengendali supaya mereka tahu dan faham peraturan yang perlu dipatuhi." kata Mohd Nur Ismal.

Di bawah program ICOP-SHE, para peserta telah dimaklumkan bahawa pihak penguatkuasa SPAD akan mengambil tindakan terhadap pengendali yang melanggar kesalahan jalan raya mengikut beberapa peringkat tindakan seperti:

1- Kesalahan pertama   : Surat amaran dikeluarkan.
2- Kesalahan kedua      : Permit kenderan digantung selama satu bulan
3- Kesalahan ketiga      : Permit kenderaan digantung selama tiga bulan
4- Kesalahan keempat  : Permit kenderaan dibatalkan serta merta

Tindakan tegas begini perlu bagi memastikan kepentingan rakyat yang merupakan pengguna pengangkutan awam berasa selamat dan selesa. Sebagai rakyat kita tidak mahu lagi insiden bas kemalangan yang berlaku di Genting Highland berulang kembali. Sebab itu kempen ICOP-SHE ini merupakan satu anjakan penting dalam mendidik pengendali menekankan elemen keselamatan dalam operasi.

"Penggunaan GPS dikalangan pengendali memang bagus, tetapi jika tiada pemantauan jitu oleh mereka tidak berguna juga. Jadi setiap syarikat pengendali perlu mempunyai pekerja mahir dalam hal ehwal keselamatan berlandaskan SPAD ICOP-SHE" tambah Mohd Nur Ismal.

Masih ramai lagi dikalangan syarikat pengendali yang acuh tak acuh dalam hal keselamatan. Bila berlaku sesuatu insiden, rakyat pula tidak melihat kesilapan pengendali tetapi terus menunding terhadap kerajaan dan menghentam SPAD. 

Walhal pihak SPAD telah melaksanakan pelbagai usaha dan penguatkuasaan bagi mendidik para pengendali pengangkutan awam ini. 

Namun seperti dinyatakan awal, sikap pemandu itu sendiri perlu dititik beratkan kerana nyawa penumpang bergantung kepada cara pemanduan mereka. Cuai walau sesaat pun, sudah cukup membawa bencana sehingga mengorbankan nyawa. 

Kepada rakyat pula, jika ternampak pemanduan pengendali yang membahayakan nyawa laksanakan tugas anda dengan menghubungi talian Aduan SPAD: 1 800 88 7723. Janganlah kita menjadi sebahagian penonton yang hanya pandai komen sahaja. Tetapi tindakan tak ada!

Sebaik-baiknya berikan maklumat kepada Aduan SPAD seperti nombor pendaftaran kenderaan, nama syarikat pengendali, bukti bergambar atau video dan lokasi kesalahan bagi memudahkan tindakan susulan diambil.

No comments:

Post a Comment