Baru-baru ini beberapa pengguna telah membuat aduan kepada pihak SPAD dengan melampirkan dua video melalui akaun Twitter @aduanSPAD. Dari bukti video tersebut, sudah membolehkan pihak SPAD melakukan siasatan sehingga pergantungan lesen dua pemandu teksi yang di dapati tidak menggunakan meter.
Dua pemandu teksi terbabit telah digantung perkhidmatan selama sebulan bermula awal Januari lepas, dengan itu mereka ini dilarang memandu atau memberi perkhidmatan teksi sepanjang tempoh itu. Syarikat pengendali dimana dua pemandu teksi itu bekerja, turut diberi surat amaran kerana tidak memantau pemandu mereka.
Kalau boleh pihak SPAD, memaparkan wajah persalah terbabit beserta butiran peribadi di laman sesawang www.spad.gov.my. Pendekatan ini serupa dilakukan oleh laman sesawang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang meletakkan butiran individu yang pernah didakwa atas kesalahan rasuah.
Cara begini di lihat bukan sahaja memberi keyakinan kepada pengguna supaya dapat membuat pilihan memilih perkhidmatan teksi yang bebas melakukan kesalahan. Malahan turut dapat mendidik pemandu teksi beserta syarikat pengendali supaya tidak sewenang-wenangnya melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
"Pihak SPAD memerlukan maklumat berkaitan pemandu seperti nombor pendaftaran kenderaan, tarikh dan lokasi serta bahan sokongan lain seperti video bagi mengukuhkan kes" Jelas Mohd Nur Ismal.
No comments:
Post a Comment