Monday, January 27, 2014

Gereja Dilempar Molotov Cocktail!


Sejak tengahari semalam tersebar mengenai kain rentang yang mengguris hati umat Islam digantung di beberapa gereja di Pulau Pinang. Tidak diketahui siapa yang menggantungkannya. 

Perbuatan biadap terbabit dibalas pula dengan molotov cocktail yang dilempar ke salah sebuah gereja di Lebuh Farquhar yang menggantungkan sepanduk terbabit pada pukul 1:30 pagi tadi. Tidak diketahui juga siapa yang melemparnya.

Pelbagai teori berlegar, mengatakan bahawa mungkin orang Islam sendiri menggantungkan kain rentang ini bagi mempertingkatkan tekanan ke atas gereja berikutan isu kalimah Allah yang belum selesai.

Ada yang mengatakan orang kristian yang menggantungkan dengan sengaja bagi mengharapkan tindakbalas seperti 'serangan' molotov cocktail bagi mendapat simpati masyarakat antarbangsa. Namun itu semua hanyalah sekadar teori.

Pihak gereja menafikan terlibat dalam isu kain rentang ini dan telah membuat laporan polis mengenainya. Mereka berpendapat bahawa ini merupakan usaha untuk mengeruhkan hubungan antara penganut Islam dan kristian. 

Perdana Menteri, DS Najib juga dalam sidang media khas petang tadi menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang sebenar penggantungan kain rentang serta isu molotov cocktail.




1 comment:

  1. Inilah akibatnya.Bala turun tidak membezakan yang alim dan yang jahil dan yang kafir. Kalau yg tahu agama pun tak ambil kisah kerana nak memerintah ,tapi disokong sekuatkuatnya oleh puak2 jahil yang sekadar tahu melaungkan kalimah Allah tanpa mengenalnya.Ya Allah selamatkanlah hamba2 Mu yg masih mengimani Mu yg sedikitpun tidak mengerti tentang tipu daya manusia2 durjana yg sebok berpolitik tak kiralah apa parti mereka.Berilah kumpulan yg beriman ini kekuatan untuk menegakkan agama mu bila tiba masanya.

    ReplyDelete