Wednesday, January 22, 2014

Ibu Bapa Sanggup Bayar Tambang Pun Salah SPAD


Sejak sesi persekolahan bermula pada penghujung Disember 2013. Kita telah mendengar pelbagai rungutan di kalangan ibu bapa yang terpaksa membayar tambang bas sekolah yang tinggi. Akan tetapi semua rungutan itu tidak disertakan dengan tindakan susulan iaitu membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Ini penting bagi membolehkan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil langkah penguatkuasaan yang sewajarnya terhadap pengendali Bas Sekolah yang mengenakan caj tambang mahal.


Kerana dari laporan itu nanti, siasatan akan dilakukan bagi mengumpul bukti seperti resit bayaran, jenis kenderaan, tarikh, butiran pemandu bas dan lain-lain bagi membantu pihak SPAD melakukan pendakwaan terhadap pesalah nanti.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid ketika ditemui di Majlis pelancaran Kempen Kesedaran dan Pematuhan SPAD ICOP-SHE berkata isu kenaikan tambang bas sekolah juga disebabkan daripada kesanggupan ibu bapa membayar kerana mereka tidak  mempunyai alternatif lain untuk menghantar anak  ke sekolah.

"Kadar kenaikan ini tidak akan berlaku kalau tidak kerana ibu bapa yang sanggup membayar, dan selama ini pun yang kedengaran hanya rungutan.   Kita sudah beritahu sekiranya dapat laporan kita akan menyiasat dan jika ada bukti kita akan dakwa di mahkamah, tetapi jika kita ambil tindakan seperti batalkan lesen, bagaimana pelajar mahu ke sekolah? Kita tidak boleh bertindak bertindak bersandar kepada rungutan. Tak ada sesiapa  yang mahu tampil ke depan, berikan bukti dan mahu ke mahkamah." Kata Syed Hamid

Difahamkan pihak SPAD juga sedang menimbang beberapa penyelesaian terbaik kepada pengendali bas sekolah yang mengadu tindakan naik tambang kerana kurang pendapatan.

"Sekarang kita ada formula baharu. Pengusaha mengadu tindakan menaikkan tambang disebabkan tidak cukup pendapatan. Kita sedang  mengkaji kemungkinan membenarkan mereka untuk memasang iklan di bas. Kita juga sedang kaji kemungkinan membenarkan bas sekolah itu  digunakan sebagai "feeder bus" supaya mereka dapat pendapatan tambahan dan tidak perlu naikkan tambang," tambah Syed Hamid.

Majlis pelancaran Kempen Kesedaran dan Pematuhan SPAD ICOP-SHE ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

No comments:

Post a Comment