Dah tu si MP Kapar pun boleh ikut sewel cedok separuh-separuh maklumat tanpa meneliti dan memahami keseluruhan kenyataan yang disampaikan oleh Syed Hamid berkaitan isu tambang bas sekolah ini. Dengan mudah menuduh SPAD menutup sebelah mata dalam menangani kenaikan tambang ini.
Untuk makluman, Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) telah berkeras untuk menaikkan tambang sebanyak 40%. Sedangkan pihak SPAD tidak mengeluarkan sebarang kelulusan di atas kenaikan ini.
Maka mulalah timbul rungutan di kalangan ibu bapa yang terpaksa membayar caj tambang bas sekolah tinggi. Rungutan tersebut terus berlegar di alam siber tanpa sebarang tindakan susulan oleh ibu bapa murid dengan membuat aduan kepada SPAD.
Susah ke nak buat Aduan SPAD ni? Cuba kita lihat langkah-langkah buat laporan.
1- Angkat telefon dail 1 800 88 7723
2- Ikut arahan sistem suara dan buat aduan
Aduhai.. tak sampai 3 langkah pun nak buat aduan. Perisik ingatkan kena jawab soalan Fizik atau Quantum Matematik dulu baru boleh buat aduan dengan SPAD ni. Jadi di sini soalan yang sepatutnya ditanya adalah apa alasan ibu bapa untuk tidak membuat aduan sebenarnya???
Nilai sendiri, cara nak buat aduan pun mudah, menelefon adalah yang paling umum. Kalau ibu bapa tu IT savvy rasanya boleh melawat sendiri laman http://www.spad.gov.my/ms/hubungi-kami/maklumbalas untuk melihat cara membuat aduan yang lain.
Di sini perlu kita ingat, bila ingin membuat pendakwaan terhadap persalah beberapa perkara akan di bawa ke badan kehakiman untuk kegunaan perbicaraan. Bahagian ini selalu kita ambil mudah sedangkan sistem kehakiman memerlukan pihak pendakwa menyediakan laporan, bukti, saksi dan sebagainya bagi mengukuhkan kes sebelum menjatuhkan hukuman. Adakah MP Kapar tak tahu atau sengaja mengaburi fakta ini dikalangan rakyat.
Kalau peringkat pertama iaitu membuat laporan pun tak lepas. Bermakna tiada kes boleh difailkan di badan kehakiman untuk membicarakan pengendali bas yang sewenang-wenangnya menaikkan tambang. Sebabnya tiada laporan.
Jadi apa sebenarnya masalah disini? Masalahnya adalah SIKAP ibu bapa itu sendiri. Kalau mereka sendiri enggan membuat laporan dan teruskan juga membayar kepada pengendali Bas Sekolah dengan tambang tinggi. Tidak mungkin pendakwaan dapat dilaksanakan. Itulah perkara yang disentuh oleh Syed Hamid, iaitu mengenai "SIKAP".
Tuduhan MP Kapar bahawa SPAD hanya berusaha mengatasi kerugian pengusaha bas sekolah adalah tidak melihat kepada konteks keperluan kedua-dua belah pihak.
MP Kapar hanya melihat ibu bapa murid sebagai rakyat yang sengsara dalam kenaikan tambang. Sedangkan siapa pula yang membela nasib pengendali bas sekolah yang juga RAKYAT dan perlu menjaga makan minum keluarga mereka apabila tambang tidak dinaikkan.
Itulah pembangkang, membuat tuduhan membuta tuli hingga sanggup menyisihkan nasib sebahagian rakyat yang lain. Adakah MP Kapar pergi bertanya pendapat para pemandu bas sekolah?
Sebab itu awal-awal SPAD mengatakan perlu kajian terperinci bagi mengambil kira faktor kedua-dua belah pihak (ibu bapa dan pengendali bas sekolah) supaya keputusan menang menang dicapai. Barulah PENYELARASAN harga dapat dilaksanakan dengan jitu.
Mengenai harga diesel -> MP Kapar dengan mudah cakap bagi subsidi. Soalnya bagaimana subsidi itu hendak diagihkan kepada golongan sasaran seperti pengendali bas sekolah sahaja? Perisik nasihatkan MP Kapar kaji mengenai sikap penerima-penerima subsidi golongan sasaran seperti petani dan nelayan..
Cuba bayangkan bagaimana pula keadaanya jika subsidi sebegini diperkenalkan pula kepada pemandu bas yang berjumlah lebih 20,000 buah di Malaysia.
Dari maklum balas yang diterima, pengendali bas sekolah bukan sahaja menyentuh kepada harga diesel. Mereka turut mengadu mengenai harga alat ganti untuk kenderaan mereka turut meningkat mahal. Apakah MP Kapar nak cadangkan bagi subsidi untuk alat ganti pula???
Kesudahannya nanti, jika industri pengendali bas sekolah terima subsidi itu ini. Adakah MP Kapar tidak tefikir pengendali industri lain seperti bas awam, feri, teksi dan lain-lain juga akan tuntut perkara yang serupa?
Perlu diingat mencari penyelesaian terbaik dalam sesuatu permasalahan tidak boleh sekadar bersandarkan Common Sense. Banyak fakta, maklumat analisis serta maklum balas telah kita ketepikan bila berlandaskan Common Sense semata-mata.
Jadi ternyatalah apa yang MP Kapar utarakan dalam penulisan beliau hanyalah ZERO LOGICAL SENSE.
No comments:
Post a Comment