Sunday, December 22, 2013

Himpun 31 Disember? Strategi Cari Free Audience!


Nak pusing ikut mana pun pakatan tak bleh nak lari dari terlibat jadi hantu untuk bikin kecoh 31 Disember ni! Tapi kenapa pulak beriya-iya nak buat 31 Disember! Naper tak buat besok jer terus!

Sebelum ini puak pembangkang cuba buat gempak nak hentam kerajaan dalam isu cukai pintu di Kuala Lumpur! Maka beribu-ribu datang berhimpun depan DBKL pada 16 Disember lepas. Opss..400 orang jer bro! 400 tu pun datang jadi posmen bawa kotak kononnya surat bantahan!

Lawak! Memang lawak! Disebabkan sambutan semakin hambar di dalam himpunan jajaan pembangkang kebelakangan ini. Maka mereka terpaksa recycle strategi dengan memilih waktu cuti dan lokasi pula tempat tumpuan untuk main wayang! Wayang kononnya ramai yang datang berhimpunlah tu!

Kalau tengok pada trend perhimpunan mereka pun memang akan buat pada ambang merdeka 31 Ogos atau ambang tahun baru 31 Disember. Sebab apa! Sebab masa nilah ramai penduduk sekitar lembah klang akan berpusu masuk ke Kuala Lumpur untuk berjalan-jalan bersama keluarga.

Kalau depa tak buat perhimpunan pun! Senang-senang jer Dataran Merdeka akan dipenuhi lebih 15ribu pengunjung. Bukit Bintang dan KLCC pun time ambang merdeka atau tahun baru ni pun boleh jejak 20ribu pengunjung. 

Jadi nilai sendirilah taktik lapok wal basi pembangkang nak bikin gempak main wayang nanti bila mereka berhimpun 31 Disember ni. Gebanglah mereka dengan angka 100ribu berhimpun nak guling kerajaan di dada-dada akhbar dan portal fitnah mereka.

Rasanya ramai warga kota akan berbulu dengan lagak samdol pembangkang nak berhimpun 31 Disember ni! Confirm jalan akan menjadi luar biasa sesak dan menganggu suasana santai warga kota bersama keluarga masing-masing. 

Macam ni lah! Kalau nampak puak-puak samdol ni dengan baju atau bendera parti berhimpun atau berucap korang semua Boooo jer lah! Tak pun halau depa semua yang cuba nak bikin kecoh ni balik!  



No comments:

Post a Comment