Thursday, January 30, 2014

SPAD Hairan Dituduh Menjadi Punca Kemalangan Di Genting Highland

 

HAIRAN? Itu antara respon Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid mengenai kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan, DS Hishamuddin yang mengumumkan laporan jawatankuasa siasatan kemalangan bas meragut 37 nyawa di Genting Highlands.

Selepas tragedi tersebut (21 Ogos 2013). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah menggesa SPAD menubuhkan jawatankuasa siasatan. Mengikut akta, SPAD sememangnya punyai kuasa dalam pembentukan jawatankuasa bagi menyiasat punca kemalangan dan menganalisis kelemahan aspek keselamatan yang wujud.


Entah macam mana ketika itu, Pemangku Menteri Pengangkutan tiba-tiba umum tubuh jawatankuasa siasatannya sendiri. Bagi mengelak pertindihan dan kekeliruan di kalangan rakyat, pihak SPAD mengambil keputusan untuk tidak menubuhkan jawatankuasa seperti yang disarankan oleh TPM.

Kesudahannya hasil laporan yang diumumkan oleh pemangku Menteri terbabit telah mengutarakan 20 syor dan 51 pelan tindakan penambahbaikan. Apa yang menghairankan, SPAD telah digambarkan menjadi punca kepada kemalangan kerana meluluskan lesen operasi bas terbabit tanpa mengambil kira faktor keselamatan dan kemampuan bas henti-henti beroperasi di laluan berbukit.

 
Agak malang jika Hishamuddin dinasihat oleh jawatankuasa untuk mengeluarkan kenyataan begini? Samada ada dinasihat atau memandai-mandai tidak dapat dipastikan. Untuk makluman, SPAD merupakan agensi yang bertanggungjawab dalam soal perlesenan. Manakala dalam hal ehwal keselamatan pula ia dipertanggungjawabkan oleh agensi-agensi lain.

Jika disebut mengenai tahap keselamatan bas, agensi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mengeluarkan lesen PSV serta meluluskan struktur bas yang dibina. Jika sentuh soal keadaan jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah agensi yang paling tepat dalam menentukan tahap keselamatan jalan, selekoh, kecerunan dan sebagainya.

Menyentuh kembali tentang tahap keselamatan bas itu tadi, jawatankuasa tidak patut menjadikan agensi-agensi sebagai sasaran mudah untuk dipersalahkan. Tidak dinafikan kelulusan awal menentu ukur tahap keselamatan bas sememangnya dilakukan oleh pihak agensi dan ianya telah dilakukan dengan teliti mengikut piawaian yang ketat.

Akan tetapi bagi memastikan tahap keselamatan bas terus terpelihara, perkara tersebut terletak di bahu Syarikat pengendali atau pengusaha iaitu Genting Highlands Transport Sdn Bhd itu sendiri dengan melakukan pemeriksaan setiap kali sebelum memulakan perjalanan serta penyelenggaraan secara berkala.

Lebih menghairankan apabila bas dengan nombor pendaftaran WGA4136 yang terlibat dalam tragedi terbabit telah pun disenaraihitam oleh pihak JPJ. Sebab disenaraihitam tidak pula dinyatakan. 


Adakah pihak jawatankuasa sudah melakukan audit terhadap semua bas milik syarikat pengendali terbabit? Jika sudah dilakukan pasti akan temui beberapa bas yang gagal menepati ciri keselamatan minimum.

Bukankah bulan sudah, Hishamuddin sendiri yang mengumumkan bahawa antara punca kemalangan adalah bas tersebut didapati dipandu laju melebihi had laju iaitu 50km/jam selain kekurangan kecekapan fungsi brek pada bas berkenaan.



Maka, di sini punca kepada tragedi tersebut lebih terarah kepada kecuaian pemandu dan pengusaha bas itu sendiri. SPAD yang merupakan sebuah agensi cetusan idea YAB PM, DS Najib Tun Razak bukanlah punca kepada permasalahan serta isu keselamatan seperti disuarakan pemangku Menteri. 

Syed Hamid ketika ditemui media selepas majlis pelancaran bas baru Syarikat Kenderaan S&S Sdn Bhd di Kluang, Johor. Telah diminta komen mengenai kenyataan Hishamuddin mengumumkan laporan jawatankuasa terbabit:

"Saya tak mahu komen sangat kerana benda itu (laporan) belum lagi dibentangkan di kabinet. Kita pun tak ada salinan. Kita tak tahu apa syor dan apa rasional. Saya pun tak mahu komen lebih kerana kalau kita komen berkenaan liabiliti atau apa-apa ia mungkin mempunyai implikasi undang-undang." kata Syed Hamid

"Saya hairan apa pasal nama SPAD sahaja disebut. Jadi saya nak tahulah. Kita nak dapatkan kenyataan dia (Hishamuddin). Untuk bagi komen sekarang tak adil sebab saya tak baca lagi laporan itu. Saya tengok di suratkhabar dan internet. Ia mungkin tak betul." jelas Syed Hamid lagi.


BACA JUGA ARTIKEL DI SINI

No comments:

Post a Comment