Saturday, December 21, 2013

Bas Dipasang GPS! Patut dah lama buat!



Negara-negara maju malahan di kebanyakan negara membangun seperti China juga telah mengadaptasi penggunaan Sistem Pengesan Global (GPS) kepada kenderaan pengangkutan awam.

Di Malaysia, idea penggunaan GPS ini telah lama kita dengar. Tetapi setiap kali cadangan begini diutarakan macam-macam bunyi kedengaran dikalangan pengusaha pengangkutan awam yang menggunakan alasan sama iaitu kos tinggi. 

Kini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengutarakan sekali lagi idea ini bagi memantau kenderaan awam tidak dipandu laju. Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid berkata setakat ini terdapat sebilangan kecil sahaja yang memasang GPS seperti Rapid Bus Sdn Bhd. 

Bagaimana dengan syarikat pengangkutan awam lain? Nampaknya majoriti syarikat masih takut-takut dengan alasan cliche iaitu kos, harga, selenggara mahal,bukan penyelesaian mutlak dan bermacam-macam lagi sebab.

Bab bangkang memang hebat, tetapi bila minta berikan idea atau mekanisme lain bagi pantau pemandu pengangkutan awam supaya tidak memandu laju? Sudah tentu mereka juga berkerut nak memikirnya.



Tak payah dok pening-pening, SPAD bersama agensi berkaitan telah melakukan kaji selidik mengenai perkara ini dan penggunaan GPS adalah paling tepat untuk diterapkan buat masa ini. 

Rakyat rasanya tidak sanggup lagi melihat insiden kemalangan seperti di Genting Highland Ogos lalu yang meragut 37 nyawa! Antara punca utamanya, memandu terlalu laju!

Maka sudah tiba masanya rakyat mendesak syarikat pengangkutan awam supaya patuh kepada pemasangan GPS ini. Tak usahlah berdolak-dalih tentang hal keselamatan!  Cuba kakitangan syarikat pengangkuatan/pengusaha fikirkan jika nyawa yang melayang itu adalah keluarga tersayang anda sendiri?

.....Jadi buat apa tangguhkan lagi!

No comments:

Post a Comment