Thursday, December 19, 2013

Wujudkan Intergrasi Antara PBT & SPAD


YAB Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor supaya menubuhkan unit pengangkutan awam bermula tahun hadapan bagi melibatkan diri dalam usaha meningkatkan pengangkutan awam yang lebih berkesan.

Penubuhan unit ini dilihat perlu bagi perkembangan pengangkutan awam selari dengan kepesatan pembangunan dan pembukaan bandar-bandar baharu di negeri ini di masa-masa akan datang.

Khaled menyeru supaya PBT memainkan peranan dalam merangka dan membuat cadagan kepada pihak berkuasa kerajaan seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Ia merupakan satu intergrasi penting bagi memastikan keseimbangan dalam menyediakan keperluan rakyat dengan pengangkutan awam yang disediakan.

"Sekiranya kita tidak merangka, merancang dan melaksanakannya daripada sekarang, masalah itu (pengangkutan awam) akan menjadi lebih besar," kata Khaled.

"Kita tidak mahu SPAD setakat memenuhi kehendak usahawan yang mahukan lesen tetapi turut memberi tumpuan utama kepada jaringan sistem pengangkutan awam sedia ada.

"Saya yakin dengan kerjasama antara PBT dan SPAD ini, kita bukan sahaja dapat menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat malah pada masa sama dapat mengurangkan kos sara hidup mereka," Tambahnya lagi.

Cadangan Khaled ini dilihat bersesuaian untuk diterapkan ke dalam setiap PBT di seluruh negara kerana ia dapat membantu SPAD dalam memperolehi maklum balas dan langkah penyelesaian lebih jitu. 

No comments:

Post a Comment