Monday, December 9, 2013

Cara Bakar Duit RM2 juta !!


Kalau duit berlambak giler pun tak ada lah nak berlagak sampai sanggup bakar duit. Tapi kalau dah tak sengaja rasanya bolehlah dimaafkan kot? Rasanya payah kita nak dengar orang tak sengaja bakar duit.

Tetapi kemalangan yang berlaku di Kilometer 260, Lebuhraya Utara Selatan dua hari lalu melibatkan tiga unit kereta mewah jenis Lamborghini boleh juga kita anggap cara tak sengaja bakar duit. 

Difahamkan nilai setiap satu kereta terbabit lebih dari RM2 juta di Malaysia tetapi memandangkan kenderaan yang kemalangan ini dari Singapura mungkin diskaun sikit harganya. 



Tiga Lamborghini ini dipercayai digunakan untuk kerja-kerja amal yang tidak pula dipastikan oleh pihak mana. Kehilangan tiga pemandu setiap kereta sport itu akhirnya terjawab apabila mereka semua datang membuat laporan polis di Balai Polis Seremban 2. 



Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Baharuddin Mustapha berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan berusia lingkungan 30-am telah hadir membuat laporan pada jam 9 malam berhubung kejadian sebenar.

"Berdasarkan keterangan, setibanya di lokasi, sebuah kereta hilang kawalan, terbabas dan melanggar pembahagi jalan, menyebabkan dua kereta yang mengikuti merempuh sama" kata Baharuddin.


1 comment:

  1. daripada bako rm2 juta tu baik lah g beri derma kat Palestine. Pahala tak pernah putus nanti..

    ReplyDelete