Wednesday, December 18, 2013

Penggunaan Pengangkutan Awam 5% jer?!!


Di mana silapnya? Angka yang dinyatakan menunjukkan kadar peratusan penggunaan pengangkutan awam oleh rakyat negara ini. Lima peratus jer? Itulah hakikatnya! Namun Tan Sri Syed Hamid selaku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ada jawapannya.

“Saya tidak terkejut hanya lima peratus dari rakyat di seluruh negara menggunakan pengangkutan awam. Hanya Kuala Lumpur yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang boleh dianggap bagus dibandingkan bandar lain," kata Syed Hamid.

Ketika bertemu media awal bulan ini di Kuala Lumpur, Syed Hamid menjelaskan antara faktor utama yang menyebabkan demikian ialah perancangan pengangkutan awam di dibuat setelah negara pesat membangun.

Kerana pengangkutan awam tidak diletakkan sebagai keperluan utama dalam kerangka perancangan pembangunan negara sebelum ini.

"Apabila negara membangun, sudah pasti keperluan untuk pengangkutan awam akan meningkat terutama di kawasan bandar. Tetapi kita juga tidak boleh mengetepikan luar bandar kerana ia sama pentingnya.

"Perkongsian mod pengangkutan awam di Kuala Lumpur pada ketika ini ialah 20 peratus dan sasaran kita menjelang 2030 ialah 40 peratus. Tetapi pada masa yang sama kita juga sedang meningkatkan sistem pengangkutan bas di kawasan luar bandar supaya ia ada kesalinghubungan dengan pengangkutan awam bandar," Tambahnya lagi.

Difahamkan, bandaraya lain juga telah menuntut perhatian SPAD untuk membantu mereka untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam darat di tempat mereka, antaranya Ipoh, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching.

No comments:

Post a Comment