Penyalahgunaan kuasa yang dimaksudkan adalah berkaitan isu pemberian kontrak, tender, tanah, perolehan atau sebagainya oleh seorang anggota pentadbiran kepada anggota keluarga terdekat.
Salah guna kuasa dan kedudukan ini sering kali kedengaran berlaku tidak kira sama ada di sektor kerajaan atau swasta yang bertujuan untuk memberi keuntungan kepada keluarga rapat atau kroni!
Sebab itu kelihatan syarikat dengan latar belakang tersohor yang bertungkus-lumus menyediakan kertas kerja dan pembentangan dengan melalui saluran yang betul. Tetapi tewas kepada syarikat yang baru setahun jagung tanpa sokongan kewangan yang kukuh serta ketiadaan kepakaran yang berkaitan.
Maka pemindaan Akta ini dilihat bertepatan bagi menghalang penyelewengan sebegini dan cara ini sekaligus dapat memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja menerima kontrak atau tender supaya kualiti terjamin dan tiada ketirisan kewangan negara.
LPPR yang diketuai oleh Puan Sri Zaitun Zawiyah sudah pun mengenal pasti beberapa peruntukan di dalam akta ini yang perlu dipinda demi kejayaan pendakwaan kes rasuah di Mahkamah. Diharap tindakan akan diambil oleh pihak relevan untuk merealisasikan matlamat ini.
Cabaran utama SPRM adalah untuk meyakinkan masyarakat tentang langkah usaha pencegahan yang diambil. Kerana rakyat kerap disuapkan dengan persepsi songsang oleh pembangkang!
No comments:
Post a Comment