Pemberian anugerah ini adalah berdasarkan kecemerlangan dua syarikat pengendali ini dalam pengurusan pemandu, skim gaji dan pengurusan rekod.
Selain itu, anugerah bagi Pengurusan Sumber Manusia pula digenggam Express Rail Link Sdn Bhd sementara kategori Inovasi Terbaik dimenangi oleh Century Total Logistic Sdn Bhd.
Pemberian anugerah ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar. Turut hadir ialah Ketua, Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Kamal.
"Anugerah berkenaan yang diperkenalkan buat julong kalinya adalah sebagai pengiktirafan SPAD kepada sumbangan pengendali pengangkutan awam darat yang bertanggungjawab dalam industri." kata Syed Hamid.
Antara kategori lain yang dipertandingkan adalah Aplikasi Perjalanan yang dimenangi oleh pasukan Apptivity Lab, Bizdotasia dan Primus. Manakala kategori Rekacipta Terbaik menjadi milik pasukan Primus, sementara Inovasi Terbaik milik Bizdotasia.
Gambar: AngedaDaily
No comments:
Post a Comment