Thursday, December 12, 2013

Konvoi Shabery Chik Eksiden Masuk Gaung! SPAD Ambil Tindakan!


Bukan Shabery masuk gaung! Tapi trak tentera! Juak pembangkang ni kalau pasal tambah perisa dalam cerita memang macam haram! Tak payahlah nak goreng kononnya ni petanda tak baik atau petunjuk atau ramalan atau tak ikhlas segala bagai.

Sebuah trak yang mengikuti konvoi Menteri Penerangan Komunikasi, Datuk Seri Shabery Chik terlibat kemalangan di jalan Kemaman menghala ke Pekan Cheneh. Trak tentera ini dalam perjalangan membawa bekalan makanan dan keperluan untuk mangsa banjir di Kg Pasir Putih.

Kemalangan berlaku apabila pemandu trak terbabit, seorang anggota tentera cuba mengelak sebuah lori yang sarat membawa bijih yang memandu terlalu laju menuruni bukit sehingga memasuki laluan bertentangan. 



Kecuaian pemandu lori bijih itu telah mengakibatkan pemandu trak tentera mengambil tindakan mengelak lalu merempuh tiang elektrik dan masuk ke gaung sedalam lebih kurang 5 meter. 

Pemandu lori bijih itu pula cuba melarikan diri meninggalkan lokasi kemalangan. Namun berjaya dipintas oleh beberapa anggota tentera lain yang turut serta di dalam konvoi terbabit. Pemandu lori yang cuai telah diserahkan kepada pihak Polis berhampiran.

Syukur! Nasib baik pemandu trak tentera tu sempat mengelak. Kalau tidak kemalangan lebih parah pasti berlaku dengan melibatkan peserta konvoi yang lain. 



Di harap pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil tindakan tegas terhadap pemandu lori bijih terbabit kerana memandu laju dengan lebih muatan sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. 

Walaubagaimana pun kejadian terbabit tidak membantutkan usaha serta matlamat konvoi yang terdiri dari agensi kerajaan dan anggota tentera untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir! 

Jangan ada pulak buat cerita kerajaan lembab hantar bantuan pulak!! Berikut adalah gambar-gambar sekitar kemalangan.



 

  



1 comment:

  1. truck tentera. kalo truck mcm ni.. ini yg MAJLIS KESELAMATAN NEGARA punya. tentera just bawak je :P

    ReplyDelete