Friday, September 6, 2013

Dong Zong Terus Pertahan Pendidikan Rasis!!


Dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara secara keseluruhan tanpa mengira kaum. Puak Dong Zong masih kekal dengan belangnya membantah laporan akhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Belum pernah lagi Dong Zong bersetuju dengan aspirasi pendidikan kebangsaan yang diketengahkan kerajaan. Tak sudah-sudah bersikap mementingkan diri sendiri dengan mempermainkan sentimen perkauman dengan isu pendidikan cina.

Buat apa lagi kita hendak terus berlembut lagi kepada idealogi pendidikan rasis yang cuba dipertahankan oleh Dong Zong ini. Bertegas! dan Jangan Layan lagi kehendak NGO ini!

Sekarang mereka mencuba lagi untuk menggagalkan usaha transformasi pendidikan ini dengan mengumpulkan sebanyak mungkin tandatangan di seluruh negara sebagai tanda protes. 

Mereka dijangka menggunakan pendekatan menakut-nakutkan atau memain api perkauman yang kononnya bahasa dan pendidikan cina terancam dengan pelan pembangunan pendidikan ini. Kesemua tandatangan itu nanti akan di hantar terus kepada PM, Datuk Seri Najib Razak. 

Sedangkan Menteri yang bertanggungjawab adalah Tan Sri Muhyiddin Yasin. Jadi PM tak perlu bagi muka kerana jika dilayan, bermakna segala usaha kajian bertahun dengan penglibatan kepakaran pelbagai kaum akan menjadi sia-sia.

Jika tiada ketegasan dalam perlaksanaan, sampai bila-bila nasib pendidikan anak cucu kita akan terus terasing sehingga menjarakkan lagi jurang perpaduan antara kaum.

No comments:

Post a Comment