25 September - Puak pembangkang buat gila lagi, posting perisik sebelum ini menyebut yang Mazlan Aliman menerusi kumpulan ANAK akan turun bersama penduduk Pengerang berbas-bas untuk menghantar memorandum tidak puas hati mengenai projek RAPID.
Maka ramailah rakan-rakan media siap sedia di Parlimen dan di pintu gerbang bagi melihat sendiri bertapa ramainya penduduk Pengerang yang hadir. Tunggu punya tunggu..tu dia! Sekumpulan Rakyat Pengerang sampai ke Parlimen.
psss..empat orang jer..
Gambar di atas menunjukkan mereka yang hadir dalam sidang akhbar mengenai isu RAPID di Parlimen. Tapi itu sahaja lah yang muncul. Yang mana satu empat orang tu? Dari sumber perisik empat penduduk pengerang tersebut adalah seperti dalam gambar di bawah.
Pada mulanya, perisik agak pelik. Kemana perginya brader Din Pudu, Er Teck Hua dan Mazlan Aliman. Mereka yang riuh baru-baru ini tapi tak nampak batang hidung pula.
Perisik dapat tahu, sidang media tersebut sudah diHijack oleh rakan dalam pakatan sendiri. Malas nak sebut nama. Hang pa teliti sendiri gambar tadi.
Bila ditanya pada rakan media, rupanya brader Din Pudu tengah berbulu sebab sidang media ni telah disebat oleh orang lain.
Selepas tamat sidang media tersebut, beberapa minit kemudian tidak semena-mena brader Din Pudu timbul ntah dari mana hendak buat sidang media jugak. Lawak betul. Maknanya dua sidang media mengenai RAPID tadi!
Mana boleh jadi. Din Pudu yang tengah sibuk hendak mencipta pengaruh di Johor, orang lain pulak yang kacau daun. Yelah orang nak bertanding dua kerusi. Kenalah buat publisiti kencang-kencang. Hehehe
Gambar bawah merupakan sidang media kedua mengenai RAPID yang disertai oleh Mazlan, Teck Hua dan konco-konconya yang lain.
Tidak cukup dengan itu diheretnya sekali empat orang penduduk Pengerang tadi ke dalam sidang akhbar mereka. Lihat gambar bawah.
Masa sidang media ni pun, menampakkan Teck Hua seolah-olah disisih oleh Din Pudu ini. Padahal Teck Hua ni lah suara awal menyentuh isu RAPID. Apa dah jadi. Lihat sendiri gambar di bawah:
Dari dua sidang media ini Rakyat sudah dapat menilai yang Pakatan hanya bermain wayang dengan menyebut "Rakyat Pengerang" - "tidak setuju dengan projek RAPID". Tapi takkan lah "Rakyat Pengerang" empat orang sahaja!! Kesimpulan bukan suara majoriti!
Jika disenaraikan mereka yang hadir:
Sidang akhbar pertama: (duduk dari kiri) Wong Teck, Thomas Fann, Anis Afida dan Fauziah Salleh (berdiri di belakang) serta bersama konco-konco lain.
Sidang akhbar kedua: (duduk dari kiri) Mazlan Aliman, Din Pudu dan Teck Hua (berdiri di belakang) serta bersama konco-konco yang lain.
Untuk makluman pembaca. Setelah disoal selidik satu-persatu mereka ini.
Hanya empat orang sahaja "rakyat Pengerang" yang hadir, manakala selebihnya (nama-nama yang disebut tadi) merupakan orang luar yang tiada kena mengena atau tidak pernah langsung mengambil peduli mengenai nasib jatuh bangun serta keselamatan alam sekitar penduduk tempatan selama ini.
Ternyata mereka ini hanyalah anasir jahat luar yang ingin menganggu keamanan dan kesejahteraan penduduk dengan mempolitikkan RAPID.
Dalam mana-mana projek, akan wujud golongan yang tidak bersetuju. Namun kebanyakannya dalam kelompok minoriti sahaja dan masih boleh diselesaikan.
Sama seperti RAPID. Kerajaan Negeri Johor dari awal kemasukan RAPID telah menyatakan komitmen untuk menyelesaikan segala isu berbangkit ini. Walaupun suara majoriti sudah bersetuju dengan pampasan, pihak kerajaan negeri tidak sesekali mengenepikan suara minoriti ini.
Malangnya suara minoriti ini telah dijadikan alat politik pembangkang untuk menimbulkan keraguan terhadap kerajaan.
No comments:
Post a Comment