Rakyat Malaysia bersorak gembira apabila Pakatan mengumumkan Bajet 2013 versi mereka semalam! Betulke gembira? Malangnya kategori rakyat yang didakwa sokong Bajet mereka hanyalah puak-puak Pakatan sendiri.
Bukanlah suara majoriti! So jangan nak happy.
Hakikatnya rakyat terutamanya pengundi atas pagar (pengundi baru, belia dan golongan profesional) sudah banyak belajar dari perkembangan politik dalam negara dan mula memahami political game yang di bawa oleh pembangkang.
Kali ini pengundi lihat Bajet yang diumumkan Pakatan semalam hanya boleh dianggap sebagai BAJET BAYANGAN sahaja dengan menggunakan DUIT BAYANGAN.
Mereka gemar menabur seribu janji dalam bajet mereka. Serupa seperti janji-janji yang telah mereka taburkan dalam PRU-12 lalu.
Segala macam umpan digunakan, bagi memancing undi rakyat.
Kesudahannya setelah dipilih terlalu banyak janji Pakatan tidak tertunai walaupun sudah lebih empat tahun memerintah di empat negeri!
Tahun lepas Bajet 2012 juga diumumkan pakatan dengan menjanjikan pelbagai bantuan, insentif, itu ini...tapi habis disitu sahajalah.
Jika Pakatan benar-benar ikhlas dalam membentangkan Bajet. Pakatan sepatutnya memusatkan kewangan empat negeri (Pulau Pinang, Kedah, Selangor,Kelantan) yang diperintah mereka.
Dari situ, mereka sepatutnya sudah mampu untuk mengumumkan BAJET mengikut logik kemampuan kewangan yang mereka BETUL-BETUL ADA bagi rakyat jelata di empat negeri itu terlebih dahulu. Bukan Bajet menggunakan DUIT BAYANGAN.
Tiada alasan bagi mereka untuk tidak melakukan perkara ini lebih awal! Beginilah jadinya apabila mengikut telunjuk Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar Ibrahim yang bergaji RM1.
Rakyat terutama pengundi sudah dapat menilai bahawa kelangsungan politik Pakatan tidak ubah melainkan menipu dan mengajak rakyat Malaysia HIDUP DALAM BAYANGAN dan ANGAN-ANGAN.
"BAJET BAYANGAN guna DUIT BAYANGAN untuk NEGARA BAYANGAN"
Perisik:...kabinet bayangan pun sampai sekarang pakatan tak boleh nak umumkan...
No comments:
Post a Comment