Tak tau nak buat apa hujung minggu ni? Bawaklah keluarga dan rakan-rakan ke karnival SIJORI yang akan berlangsung 2 hari mulai 7hb hingga 8hb September di Pantai Tanjung Balau, Pengerang, Johor.
Macam-macam ada kat karnival ni! Ada Battle of The Band, pertunjukkan kereta mod, pertandingan memancing, pertandingan karaoke, persembahan layang-layang, persembahan kebudayaan, pertandingan sukan tradisional dan yang paling mantap acara buat ikan bakar terpanjang dalam Malaysia iaitu 2 kilometer.
Pelbagai hadiah menarik menanti para perserta yang menang!!!
Artis-artis pun ramai, macam papa rock (Ramli Sarip), Nabil Raja Lawak, Kiran Hot FM, Lefthanded, Tompi, Jatt Ali Black Dog Bone dan Mas Idayu yang akan menghiburkan orang ramai di Konsert SIJORI nanti. Memang sesuai bebenarlah dengan mereka yang berjiwa Rock, Jazz dan Dangdut.
Karnival ni merupakan hasil kerja anak muda Pengerang untuk mengeratkan silaturrahim 3 negara iaitu SIngapore, JOhoR, Indonesia dengan berkongsi nilai-nilai murni kebudayaan negara masing-masing.
"Usaha anak muda Pengerang ini, dilihat dapat melahirkan anak muda yang mencintai keamanan, berhemah dan saling menghormati serta dapat membentuk peribadi positif generasi masa hadapan" Kata Datuk Seri Azalina Ahli Parlimen Pengerang dalam temubual bersama wartawan.
Orang yang berada di luar JOHOR yang nak datang, dinasihatkan buat tempahan hotel di Tanjung Balau lebih awal. Kerana jumlah pengunjung yang hadir boleh mencecah lebih 30,000 orang. Karnival sebelum ini juga sudah mencapai angka yang sama.
Berlambaklah kereta memenuhi Pengerang minggu ini. Para penganjur diharapkan dapat menyediakan bas pengantara bagi memudahkan pengunjung yang terpaksa meletakkan kereta jauh untuk ke tapak karnival.
No comments:
Post a Comment