Thursday, September 20, 2012

Himpunan "Kahak" Hijau Pengerang - 30 September


Lawak, Lawak !Tak habis-habis nak kacau periuk nasi penduduk Pengerang. Puak-puak pembangkang ni memang tak reti buat keje lain melainkan keje di atas jalanraya dan berceramah kosong.

Mungkin sudah menjadi standad KPI yang digunapakai oleh para pemimpin pembangkang untuk mencari bakal-bakal calon di PRU-13 nanti.

Setelah gerakan MANTAP yang dibentuk oleh Salahuddin Ayub gagal dalam demonya di Pengerang baru-baru ini. Kali ini satu lagi gerakan akan dikerah pada 30 September ini yang dikenali sebagai Himpunan "kahak" Hijau di kalangan para penduduk Pengerang.



Kerana kehadiran mereka hanya ingin mencampuri lendir kahak-kahak jijik mereka ke dalam periuk nasi penduduk tempatan Pengerang yang terlibat dalam projek RAPID. 

Usaha jahat gerakan ini adalah untuk menyekat kemasukan projek RAPID bernilai lebih RM60 billion ke kawasan tersebut. Nilai pelaburan yang bakal merubah sosio ekonomi penduduk setempat seterusnya meningkatkan pendapatan serta peluang pekerjaan kepada generasi muda Pengerang.

Gerakan kahak hijau ini bukan suara jati majoriti penduduk Pengerang seperti digembar-gemburkan mereka. Dalam posting-posting perisik terdahulu sudah menjelaskan bertapa kekacauan yang telah dan bakal berlaku di Pengerang hanya dipenuhi  oleh ORANG LUAR. 

Taktik bawak masuk orang luar ini adalah taktik basi yang digunakan ketika di Gebeng, Kuantan mengenai Lynas. Kesudahannya Lynas terus mendapat sokongan majoriti penduduk setempat.



Tak percaya mari kita lihat senarai nama-nama yang terlibat dalam gerakan awal menentang projek RAPID sebelum ini:
1. Hai Kiong Hiang - Pengerusi Jawatankuasa Gabungan Tanah Perkuburan Kaum Cina di Pengerang 
2. Tan Ah Chai - CEO, Jawatankuasa Gabungan Persatuan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor 
3. Datuk Lim Ka Chuan - Presiden Gabungan Persatuan Cina Negeri Johor 
4. Tan Hong Pin - Ketua Pemuda DAP Negeri Johor 
5. Er Teck Hua - Ahli Parlimen Bakri (DAP) 
6. Anis Afida Mohd Azli - Ahli PAS / Pengerusi Jawatankuasa Gabungan Selamatkan Pengerang 
7. Chong Chian Yet - Setiausaha Jawatankuasa Gabungan Tanah Perkuburan Cina Pengerang 
8. Hong Tian Hua - Ketua Angry Lobster / Naib Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Bumi Pengerang 
9. Goh Wan Thug - Ahli Angry Lobster / Guru SRJK (C) Yoke Poon, Sungai Rengit 
10. Chew Chet Nan - Pengarah Filem Dokumentari Dari Kuala Lumpur 
11. Tan Ah Chai - CEO, Jawatankuasa Gabungan Persatuan Cina, Kuala Lumpur Dan Selangor 
12. Tsai Chia Yang - Presiden, Jawatankuasa Gabungan Pelindung Alam Sekitar, Daerah Chang Hua, Taiwan
13. Shih Yueh Ying - Jawatankuasa Gabungan Pelindung Alam Sekitar, Daerah Chang Hua, Taiwan 
14. Kan Chen Yi - Setiausaha, Pertubuhan Pelindung Ikan Lumba-Lumba, Mar Chor, Taiwan 
15. Chen Ping Heng - Setiausaha, Persatuan Kehidupan Taiwan 
16. Lin Chin Lang - Aktivitis Membantah Projek Petrokimia, Taiwan 
17. Chien Yu Chun - Aktivis Membantah Petrokimia, Taiwan / Pengarah Filem Dokumentari, Taiwan 
Nampak tak apa yang lawaknya dalam senarai ni. Lawak pertama hanya satu sahaja nama melayu iaitu Cik Anis Afida itu pun anak kelahiran Terengganu. Manakala yang lain merupakan Cina yang majoritinya orang luar, tidak ada kena-mengena langsung dengan projek RAPID. 

Lawak kedua, diimport pula perosak rezeki penduduk dari Taiwan? Perhatikan nama-nama dan jawatan enam orang terakhir dalam senarai. 


Lagak Pengacau Taiwan
Ramai sudah tahu pembangkang semakin kehilangan sokongan dan kepercayaan rakyat. Maka dibawalah masuk orang-orang luar untuk buat kacau dan juga bagi menampakkan bertapa ramainya mereka bila berkumpul nanti. Wow "ramainyer"!!

Ok..Lawak terakhir dan pelik, mereka nak buat Himpunan ni kat Sungai Rengit. Mungkin sebab ia merupakan pekan paling hampir dengan Projek. But What da Hell lah wei..Sungai Rengit tak termasuk dalam Projek RAPID lah. 

Kalau diselidiki, gerakan-gerakan menyekat kemajuan di Pengerang ini pada mulanya di ketuai oleh Er Teck Hua, Ahli Parlimen Bakri. Tapi separuh jalan asyik tergagap hingga banyak kali terkantoi maka digantikan pula oleh brader Din Pudu. 

Dari analisi perisik, Teck Hua mungkin baru sedar yang dia kena beri tumpuan berkempen di kawasannya, Bakri, kerana kemenangan sekadar majoriti 2% sahaja pada PRU-12 menjadikan tempat beliau kerusi panas pada PRU-13 nanti.

Malang buat Din Pudu yang baru nak menunjukkan taringnya minggu lepas, turut tergolek gagal dalam gerakan MANTAP ciptaannya.

Maka apa kesimpulan yang dapat dibuat pada Himpunan Hijau nanti. 

Mudah sahaja, himpunan ini juga akan menemui kegagalanya, kerana mereka tidak mempunyai fakta kukuh dan sokongan kuat majoriti penduduk Pengerang.

1 comment: