Dari sumber perisik, kumpulan ANAK ini akan datang berbas-bas ke parlimen awal pagi nanti untuk menghantar memo bantahan projek RAPID di Pengerang hari ini. Betul ke berbas-bas? sama-sama kita saksikan.
Mungkin himpunan ini sekadar "teaser-ad" atau "iklan selingan" sebelum wayang sebenar - himpunan kahak hijau berlaku.
Dari pengamatan perisik, puak-puak pembangkang merancang secara terburu-buru dan sengaja mengada-adakan demo di Parlimen.
Kerana ia sekadar usaha puak-puak pembangkang bagi menunjukkan momentum berterusan menghentam RAPID. Mereka ingin memberi gambaran pada media dan blog-blog yang kononnya penduduk Pengerang terus-menerus menentang kemasukan projek RAPID ini.
Walhal majoriti penduduk Pengerang sememangnya mengalu-alukan kemasukan projek RAPID ini.
Setelah projek RAPID menjadi isu sensasi nanti, kita akan menyaksikan perkara ini dibawa ke dalam Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Selepas itu, satu Suruhanjaya Khas akan dibentuk seperti dalam isu Lynas sebelum ini. Satu usaha terdesak untuk mendapat publisiti percuma berterusan.
Tak percaya? Sama-sama kita tunggu dan lihat persidangan Parlimen kali ni.
Tapi sekarang apa kena mengenanya dengan mamat perosak Felda si Mazlan Aliman ni. Sebelum ni, buat kecoh di beberapa tanah rancangan Felda dah tu meroyan bila FGVH disenaraikan di papan utama Bursa Saham. Lawaknya..bonus-bonus Felda. kumpulan ANAK ni sebat jugak..hipokrit!.. Baca SINI
Dah tu beliau juga telah meracun pemikiran peneroka supaya menyaman Felda. Tapi peneroka pula yang tertipu manakala wang berjuta ringgit pula di songlap oleh peguam pembangkang. Baca SINI.
Kini peneroka sudah sedar dan berlajar bahawa mereka telah dipergunakan oleh pembangkang untuk membuat huru-hara dalam Felda. Beberapa tanah rancangan Felda juga turut menyenarai hitamkan Mazlan Aliman dari masuk ke kawasan mereka.
Gerakan awal telah dimulakan oleh Teck Hua, Ahli Parlimen Bakri dengan beberapa NGO yang majoriti besarnya adalah Cina dan "Orang Luar. Namun, gerakan pimpinan Teck Hua menemui keGAGALan! BACA SINI. Sebabnya penduduk Cina hanya mewakili <10% penduduk Pengerang.
Disusuli pula dengan gerakan Din Pudu melalui jentera MANTAP. Malangnya tak ada sambutan dan sokongan penduduk setempat. Mungkin penduduk tak percaya dengan orang yang ada kisah di Pudu Raya? Penilaian KPI..GAGAL! BACA SINI
Pagi nanti dalam pukul 9-11 pagi, kumpulan ANAK pula akan berhimpun menghantar memo menentang RAPID. Katanya berbas-bas membawa ratusan peserta bertolak seawal 2 pagi dari Pengerang.
Tak perlu kita tunggu kesudahannya. Kerana ternyata sudah banyak gerakan ANAK di bawah Mazlan Aliman tidak mendapat sokongan majoriti warga Felda khususnya. Sekarang untuk RAPID, rakyat sudah tahu usaha keji pembangkang yang ingin menyekat kemajuan di Pengerang! Maka gerakan ini juga bakal GAGAL!!
Tiga jentera pembangkang sudah gagal! Dari sini kita sudah tahu kesimpulan keputusan gerakan Himpunan Kahak Hijau, Pengerang yang tidak mendapat sokongan majoriti Pengerang.
pss..penduduk Pengerang menyokong penuh kemasukan projek RAPID. Tapi orang luar yang meroyan. apa kes?
No comments:
Post a Comment