Monday, February 8, 2016

TPPA Buka Peluang FELDA Tembusi Pasaran Lebih Luas



Kalau dah otaknya bangkang, benda baik pun dinilai buruk. Itulah pembangkang yang 24jam menyalak tanpa fakta dengan menyebar pelbagai fitnah terhadap usaha kerajaan dalam FELDA dan terbaru Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Bila benda sudah menampakkan hasil dan terbukti bagus terus menikus. Bengong!

Macam biasa sebelum ini pelbagai tuduhan dan rekaan kesengsaraan rakyat dalam facebook sebelum kerajaan melaksanakan cukai baharu Goods and Service Tax (GST). Kali ini TPPA pula dijadikan sasaran dengan andaian konspirasi barat dan penjajahan versi baru negara Amerika Syarikat! 

Entah dari mana mereka cedok maklumat mereka. Kalau benar memudaratkan takkan Brunei, Singapura dan Jepun menyertainya. Apa mereka tiada pakar ekonomi yang mampu menilai baik buruk TPPA ni ke? Pembangkang mendakwa TPPA ini akan menjerut syarikat tempatan kerana gagal bersaing dengan syarikat luar! Belum apa-apa sudah berandaian syarikat-syarikat Malaysia ni bodoh berlaka tidak reti bersaing. 

Apa yang mereka tutup dari pandangan rakyat adalah peluang lebih luas dan mudah buat syarikat-syarikat Malaysia untuk menembusi pasaran antarabangsa. Bukankah ini merupakan nilai tambah kepada pendapatan syarikat! Tidakkah kita mahu lebih banyak jenama-jenama tempatan gah di mata dunia?! Mungkin tidak bagi pembangkang. Tindakan mereka lebih mahu melihat syarikat terus terperuk dan bermain-main dalam pasaran tempatan yang semakin tepu.

Perisik melihat TPPA ini turut memberi manfaat kepada syarikat konglomerat gergasi Malaysia yakni FELDA. Kita mengambil masa yang lama untuk menempatkan diri dalam pasaran Amerika Syarikat. Ya, FELDA sudah mempunyai kilang beroperasi di bumi Uncle Sam itu. 

Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, turut menyindir suara-suara pembangkang ini.
"TPPA ini kerajaan masuk dan kemudian dimomokkan pula kononnya Amerika Syarikat akan menjajah kita. Ini semua tidak benar. Felda sendiri ada kilang di Amerika Syarikat dan adakah kita menjajah Amerika Syarikat? tidak." Kata Isa Samad.

Setelah berjaya menempatkan diri dalam pasaran Amerika Syarikat. Usaha seterusnya adalah mengembangkan portfolio pasaran pula supaya kekal berdaya saing. Kerana Malaysia bukan satu-satunya pengeluar minyak kelapa sawit di dunia. Jadi kita perlu pantas merebut peluang yang tersedia dan ini sekaligus memberi manfaat kepada Malaysia dan peneroka khususnya.

"Apa yang berlaku, dengan TPPA kita seronok apabila kita (Felda) boleh meluaskan pasaran kita. Kita dah mula buat perancangan untuk meluaskan pasaran kita di Amerika Latin," katanya dalam ucapan perasmian Pusat Literasi Keluarga, Felda Raja Alias 1, di sini, hari ini." Tambah Isa Samad.

Tidak yang perlu dirunsingkan pada TPPA ini. Kerana penjanjian yang termeterai dengan Malaysia menjamin beberapa dasar penting negara, kaum dan agama. Kerajaan yang dibarisi pakar ekonomi dalam meneliti perjanjian ini sudah tentu menilai kesan manfaat dan mudarat sebelum menyertainya. Buat apa kita bersandarkan hebahan pakar mi segera dari facebook!

No comments:

Post a Comment