Friday, May 27, 2016

Hari Guru Disambut Dengan Sajian McDonald's


Kemasukan rangkaian restoran McDonald's ke Malaysia ini telah menyumbangkan kerancakan ekonomi negara dalam sektor makanan. Konsep makanan segera pada era 80an ketika itu masih terlalu baru. Era itu masih penuh dengan kedai-kedai kopitiam yang menjadi pilihan majoriti rakyat.

Namun segalanya berubah, McDonald's telah satu lembaran baru dalam mengetengahkan konsep makanan mereka. Bermula dari situ, kita dapat lihat perkembangan yang berlaku pada McDonald's sehinggalah ia menjadi pilihan dalam pelbagai aturcara di seluruh negara.

Baru-baru ini sambutan hari guru peringkat kebangsaan telah diadakan di Sabah bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru di seluruh negara. Apa yang menariknnya McDonald's Malaysia turut sama dengan berkolaborasi dengan tokoh motivasi, Daro Dr Mohd Fadzilah Kamsah bagi menjayakan seminar khusus untuk para guru.

Sajian 2,000 set McChicken dan Orange Bowl telah disediakan untuk orang ramai khususnya para guru. Guru-guru berterima kasih dengan usaha McDonald's dalam menceriakan program ceramah "Memperkasakan Guru Sebagai Inpirasi Kecemerlangan Pelajar". Tujuan program motivasi ini adalah bagi memupuk semangat pendidik dikalangan para guru.

Difahamkan McDonald's akan turut serta dalam menjayakan jelajah ceramah ini di beberapa bandar-bandar lain seperti, Kuala Terengganu, Seberang Prai, Johor Bahru, Shah Alam dan Ampang. Semoga usaha McDonald's ini sedikit sebanyak dapat membentuk pemikiran tenaga pendidik berkaliber di negara ini.

No comments:

Post a Comment