Tuesday, May 24, 2016

Pertimbangan Benarkan Uber & Grab Beroperasi Belum Muktamad


Umum tahu walaupun belum lagi mendapat kelulusan kerajaan, dua perkhidmatan atas talian ini sudah beroperasi di negara ini. Dunia atas talian sering kali di sebut sebagai jaringan tanpa batasan melangkaui sempadan perundangan negara. Ini tidak bererti perkhidmatan ini bebas beroperasi di sini.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga acap kali menerangkan kepada umum dan para pemain industri perkhidmatan awam darat konvensional bahawa Uber dan Grab tidak sah! Pihak SPAD juga telah melakukan berpuluh operasi risikan dan penyamaran bagi menangkap perkhidmatan kereta sapu atas talian ini.

Setakat ini sudah lebih 100 kenderaan mewah pelbagai jenis telah dirampas dan dikenakan tindakan tegas. Namun bindang kuasa SPAD adalah bertindak pada pesalah di atas jalan. Bukan di atas talian. Permasalahan kini adalah tiada sekatan setakat ini dari agensi terlibat terhadap operasi Uber dan Grab atas talian.

Pihak yang pemprotes perlulah panjangkan bantahan kepada pihak bertanggungjawab iaitu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Namun tiada langsung tindakan berterusan oleh pihak pengendali teksi khususnya dalam membuat laporan atau desakan terhadap SKMM bagi menyekat khidmat atas talian ini. Terus bangang menyerang SPAD yang luar bidang kuasa agensi terbabit.

Kini desakan berasingan pula berlaku. Semakin ramai rakyat menuntut supaya perkhidmatan uber ini diberi kelulusan beroperasi. Rakyat yakni pengguna turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap servis teksi yang menipu pelanggan, memilih destinasi dll.

Ekoran dari dua respon berbeza ini, pihak SPAD yang di Pengerusi TS Syed Hamid telah melakukan kerja kaji selidik dan membentangkan hasil kajian serta kertas kerja kepada kabinet. Kertas kerja tersebut juga telah dihantar kepada Unit Perancang Ekonomi untuk semakan.

Malah Syed Hamid memberitahu bahawa beberapa idea telah diberikan kepada UPE untuk diteliti berkaitan mekanisme penglibatan pemain perkhidmatan baharu dalam industri teksi ini. Ia bukan satu pengiktirafan, tapi langkah bagi menegaskan tiada cara mudah buat Uber dan Grab melainkan mendapatkan kelulusan dan permit seperti pengendali teksi lain.

Usaha ini adalah bagi melindungi pemain industri teksi sedia ada. Akan tetapi pengendali teksi perlu menerima hakikat akan perubahan medium pengangkutan awam darat negara ini. Mereka juga perlu mula membina pelan bagi mengekalkan daya saing seiring dengan perubahan dan kena dengan citarasa masa kini.

No comments:

Post a Comment