Dalam lawatan awal pasca banjir Disember 2014, mendapat jambatan terbabit tidak dapat digunakan lagi dan kerja baik pulih jambatan perlu dibuat kadar segera. Jambatan yang rosak ini telah dibina pada 1932, sepanjang 193.7 meter dengan berat 155 Tan.
Kerja-kerja baik pulih akan mengadaptasi teknologi terkini dalam pembinaannya. Fasa pembinaannya terbahagi lima dan melibatkan pemasangan semula kerangka jambatan merentasi Sungai Galas. Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang diketuai oleh Pengerusinya, TS Syed Hamid Jaafar Albar telah turun padang bagi melihat sendiri perkembangan projek baik pulih yang menelan belanja RM17.5 juta.
Lawatan pada 1 dan 2 Jun baru-baru ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En Mohd Azharuddin Mat Sah. Pihak SPAD setakat ini berpuas hati dengan usaha kerja yang dilakukan oleh pihak KTMB. Perjalanan kerja baik pulih ini berjalan lancar mengikut jadual dan garis panduan yang ditetapkan.
Kerja baik pulih ini juga melibatkan pembinaan laluan pejalan kaki dan motorsikal turut disediakan. Penyediaan laluan khas ini diharap dapat memberi keselesaan kepada pengguna untuk berulang alik dari Kampung Kemubu ke Kampung Bertam. Apa yang penting keselamatan pengguna berhubungan di antara kedua kampung terbabit.
No comments:
Post a Comment