Inisiatif ini adalah bertujuan memperbaiki mutu perkhidmatan awam sekaligus mengembalikan keyakinan rakyat dalam menjadikan perkhidmatan awam sebagai medium pengangkutan utama seharian.
Bantuan akan diberikan kepada para pengendali bas henti-henti dibawah inisiatif ini bagi meringankan beban kos operasi yang meningkat saban tahun. Langkah ini juga bagi memastikan pihak pengendali bas henti-henti meneruskan operasi di laluan yang berkepadatan rendah.
Selain itu ISBF ini dilaksanakan agar dapat menangani sebarang kekurangan dalam operasi seharian para pengendali seterusnya mampu mengekalkan mutu perkhidmatan kepada pengguna.
Jika ISBF ini dihentikan, kita bakal menyaksikan kesan domino kegagalan perkhidmatan bas henti-henti di sekitar lembah klang. Syarikat akan menghadkan operasi atau menghentikan laluan yang tidak menguntungkan. Jika ini dibiarkan berlaku, ia akan menjejaskan usaha menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan awam.
Rakyat akan mula hilang keyakinan dan mula mencari alternatif untuk bergerak. Antara menjadi pilihan adalah dengan berkereta atau bermotor sendiri. Mulalah siri lambakan kenderaan persendirian di jalan raya yang menjurus kepada kesesakan jalan raya yang teruk.
Kita seringkali diingatkan akan cara mengatasi kesesakan adalah dengan menggalakkan penggunaan perkhidmatan awam. Sedang keyakinan pengguna meningkat naik, eloklah dikekalkan momentumnya dengan meneruskan pemberian dana ISBF ini.
No comments:
Post a Comment