McDonald's Raikan Anak Yatim Tonton Angry Bird!
McDonald's Malaysia (MY) tidak pernah lekang dalam melaksanakan aktiviti kebajikan kepada masyarakat. Sebelum ini kita lihat McDonald's giat dalam memberi bantuan perubatan kepada yang memerlukan serta menyediakan biasiswa pendidikan bagi yang tidak berkemampuan.
Baru-baru ini, McDonald's MY sekali lagi tampil dengan kegiatan tanggungjawab sosialnya dengan mengajak anak-anak kurang bernasib baik berhibur dengan menonton wayang dari watak permainan applikasi terkenal, 'Angry Bird'. Antara yang bertuah adalah anak-anak dari Asrama Kebajikan Ar-Rayyan, Pertubuhan Penjagaan Anak Yatim/Miskin Villa Paulos dan Rumah Anak Yatim Islam Pontian.
Program yang dianjur oleh Ronald McDonald House Charities (RHMC) ni telah diatur di pawagam TGV Bukit Indah, Johor Bahru. Rata-rata anak-anak ini teruja dan tidak sabar menanti wayang bermula. Boleh dikatakan semua kanak-kanak kenal dengan watak Angry Bird ini.
Filem yang menelan belanja USD80juta ini memang tidak menghampakan. Jelas kelihatan raut wajah anak-anak yang ketawa ceria sepanjang jalan cerita. Selepas tamat wayang juga ada anak-anak yang rancak berborak mengulas semula apa yang telah mereka tontoni.
Acara tidak berakhir disitu, selepas sahaja keluar dari panggung wayang. Anak anak ini telah disajikan dengan hidangan kegemaran mereka iaitu McDonald's Happy Meals. Sebelum tamat majlis, McDonald's menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai kepada ketiga-tiga rumah kebajikan itu tadi.
Strategi santai mesra ala McDonald's ini amat sesuai untuk diadaptasi oleh syarikat lain. Sumbangan tidak besar namun kesan psikologinya amat baik untuk tumbesaran anak-anak kurang bernasib baik ini.
No comments:
Post a Comment