Friday, September 12, 2014

SPAD Pula Dituduh Samseng


Terdapat segelintir pemandu kereta sewa di Kuantan yang tidak menggunakan meter dan mengenakan caj mahal terhadap penumpang sewenang-wenangnya. Tapi bila di tahan oleh Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Penguatkuasa pula yang dituduh samseng? 

Lepas dah kena saman dan sita, berbunyi pula cakap SPAD tidak mengeluarkan kadar tambang untuk mereka gunakan?? Adoi guna meterlah. Kadar pun ikutlah meter tu. Apa pula SPAD nak tentukan kadar tambang perjalanan.

Inilah yang sedang berlaku di sana, beberapa pemandu kereta sewa tiba-tiba naik angin tak puas hati dengan cara kerja Penguatkuasa SPAD. Peliknya, sendiri yang langgar undang-undang dan akta macam mana pula boleh orang lain yang salah. 

Selama beberapa tahun perisik mengikuti operasi khas bersama SPAD ini. Belum pernah lagi tengok penguatkuasa bertindak kasar terhadap pesalah. Melainkan kalau terpaksa. Seperti kes Pegawai SPAD di bawa lari oleh teksi ketika penyamaran. Nasib baik berjaya di selamatkan. Jadi memang mustahil kalau penguatkuasa ni di dakwa bertindak samseng terhadap pesalah. 

Bila meneliti penjelasan yang cuba diberikan oleh pesalah ini. Menunjukkan mereka tidak tahu menahu akan fungsi SPAD dalam perkhidmatan awam. Kewujudan SPAD adalah untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam di negara ini dan ia merangkumi portfolio yang luas seoertu keretapi, bas, teksi dan lori. Selain itu SPAD turut bertanggungjawab dalam membentuk akta dan garis panduan untuk dipatuhi oleh para pengendali setelah mendapat persetujuan Parlimen.

Untuk makluman, paling haru menerima kritikan pelancong dalam dan luar negeri adalah perkhidmatan teksi. Kerana para pelancong ini sering menjadi mangsa pemandu teksi atau kereta sewa dengan caj yang tidak masuk akal. Ada sehingga RM1000! untuk perjalanan pendek dari Bukit Bintang ke Kuala Lumpur. Di sini SPAD tampil memberkas dan membawa pesalah ini ke muka keadilan untuk dibicara.

Jelas apa yang dilakukan oleh SPAD adalah menegakkan akta yang telah dibentuk bagi menjaga kepentingan awam. Bukannya menghukum pengendali atau bertindak samseng sesuka hati seperti yang didakwa mereka.

Jadi pihak pemandu kereta sewa di Kuantan ini, janganlah buat tak tau dan memberi alasan tidak munasabah seperti kadar tambang adalah di atas persetujuan persatuan dan penumpang sendiri? 

Jika persetujuan sebegini berlaku, ia dianggap tidak sah kerana bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang sudah termaktub dan digunapakai di seluruh negara. 

1 comment:

  1. Saya POST MESSAGE INI DI PAGE SPAD, kalau anda sokong saya tolong "accept" dan sms saya:::: >>>> Saya Telah Sekian Lama Menunggu untuk memberi komen di dalam Page Ini dan sekarang dah tiba masa untuk saya membuat komen saya dari segi Pandangan dan Pengalaman. Saya menjadi seorang pemandu teksi dari 12hb April 2012 sampai sekarang di Lembah Kelang atau Area Kuala Lumpur sahaja. Saya "Menyewa Beli" sebuah Teksi Wira (kereta buatan Malaysia tahun 2007) 2nd hand dari sebuah syarikat pengusaha teksi swasta. Perjanjian sewa beli ini adalah RM41 sehari untuk kereta/permit kenderaan (SPAD)/ Insurance kereta (tidak termasuk nyawa) Pihak Ketiga (Third Party Insurance) untuk 3 TAHUN. Sekarang saya bagi kiraan TEKSI METER; RM3 dari mula/start perjalanan bagi setiap Penumpang untuk 900meter pertama dan RM0.10 bagi setiap 110meter kereta berjalan atau 21saat kalau teksi berhenti. Saya bagi kiraan senang untuk pengguna. Kalau seorang pemandu teksi dapat dalam purata untuk 1 jam tidak berhenti dia bekerja dapat purata 4 pelanggan ,(4x3=RM12) Lepas itu kita kira perjalanan, kalau untuk satu jam tanpa berhenti teksi berjalan pada purata kelajuan 50km/j dalam bandar. 60minx50km/j=3000km/110meter=RM27.27 dan kalau Masuk Traffik Jem Teksi tak bergerak untuk setiap 1minit/21saatxRM0.10=RM0.29 per minit. Misal kata kalau dalam satu jam pemandu dapat 4 penumpang + jalan 30minit + berhenti 15min + cari pelanggan 15min = (12 + 13.64 + 4.35 + 0.00 = RM29.99 untuk satu jam. RM29.99 x 8jam = RM239.92. Nampak Lumayan kan!!!! Wah Pemandu Teksi kerja tak berhenti 8 jam boleh untung RM240.00 kerja satu hari. Tapi ini untuk kiraan Cantik!!!! Realiti "Impossible" "Mustahil". Saya membuat satu "CABARAN" Di Sini kepada Pengguna Teksi Budget Kuala Lumpur, Orang Si pandai yang bagi Komen kat FB atau mana mana media mengenai PEMANDU TEKSI dan Kepada Yang Berhormat Pegawai SPAD yang mulia, yang melakasanakan tugas harian mereka dengan penuh Dedikasi dan Professional untuk 365 hari. Saya Bagi Teksi/Kereta SAYA KEPADA ANDA UNTUK SATU BULAN DAN KAMU BUAT KERJA INI DAN PADA Akhir tempoh Satu Bulan Kerja untuk 26 hari 4 hari cuti dan bagi saya tahu yang anda telah berjaya mendapat untung bersih sebanyak RM6,237.92. SAYA DI SINI BERJANJI AKAN BAGI TEKSI/KERETA SAYA FREE/PERCUMA KEPADA ANDA. Sila kontak Nombor Telefon Saya 012-6901143 kalau ada nak mengambil cabaran ini.

    ReplyDelete