Tuesday, September 23, 2014
Perubahan Pada Laluan Merah dan Biru Bas GO KL
Sejak dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 31 Ogos 2012. Perkhidmatan bas Go KL ini semakin mendapat permintaan tinggi pengguna di sekitar ibu kota serta kalangan pelancong dalam dan luar negara.
Dalam tempoh dua tahun ini, laluan perkhidmatan GO KL ini telah bertambah dari dua laluan sebelum ni meningkat kepada empat laluan yang dikelaskan mengikut warna seperti Laluan Hijau, Ungu, Merah dan Laluan Biru.
Respon positif pengguna selama ini telah membawa kepada usaha untuk meningkatkan lagi kecekapan mod perkhidmatan bas "PERCUMA" GO KL ini. Dengan itu, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melakukan beberapa penambahbaikan pada Laluan Merah dan Biru.
Langkah penambahbaikan ini merangkumi perubahan lokasi mula dan akhir laluan, penambahan perkhidmatan destinasi tumpuan orang ramai dan pemberhentian perkhidmatan ke destinasi yang kurang mendapat sambutan.
Sebelum ini, dua laluan ini bermula dan berakhir di Medan Mara. Mulai hari ini, 1hb Oktober, dua laluan ini akan bermula dan berakhir di Terminal Bas Jln Tun Razak yang mempunyai intergrasi perkhdimatan pengangkutan awam lain seperti Monorail, LRT dan bas ekspres.
LALUAN MERAH
a. 4 hentian baru dari Terminal Bas Jalan Tun Razak ke KL Sentral :
i. Terminal Bas Jalan Tun Razak
ii. Hospital Damai
iii. Chow Kit (Jalan Ipoh)
iv. Grand Season
b. 2 hentian tidak akan beroperasi:
i) Wisma Sime Darby
ii) Maju Junction
c. Alternatifnya boleh ke perhentian:
i) Puteri Park Hotel
ii) Kompleks Pertama
d) Perjalanan dari Terminal Bas Jalan Tun Razak ke KL Sentral:
i) 50 minit pada waktu puncak
ii) 40 minit pada waktu biasa
LALUAN BIRU
a. 10 hentian baru dari Terminal Bas Jalan Tun Razak ke Bukit Bintang :
i) Terminal Bas Jalan Tun Razak
ii) Hospital Kuala Lumpur (HKL)
iii) Institut Penyelidikan Perubatan (IPP)
iv) Masjid Kampung Baru
v) Sekolah Khas Kampung Baru
vi) Bukit Nanas
vii) LRT Dang Wangi
viii) Puteri Park Hotel
ix) Chow Kit
x) Grand Season
b. 7 perhentian tidak akan beroperasi :
i) Menara Uniasia
ii) Monorel Medan Tuanku
iii) Kompleks Campbell
iv) Maju Junction
v) Wisma MPL
vi) The Weld
vii) SOGO
c. Alternatifnya boleh ke perhentian:
i) Medan MARA
ii) Concorde Hotel
iii) Wisma Boustead
iv) Menara Hap Seng
d) Perjalanan dari Terminal Bas Jalan Tun Razak ke Bukit Bintang:
i) 45 minit pada waktu puncak
ii) 35 minit pada waktu biasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment