Datuk Ehsanuddin tidak pernah lelah dalam meluangkan masa bersama warga Kota Tinggi. Ada sahaja program dilakukan bagi manjalinkan hubungan lebih rapat bersama rakyat di sana. Warga istimewa di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) juga tidak terlepas dari radar beliau.
Pertemuan bersama warga istimewa ini dilaksanakan dengan lebih fokus melalui program Skuad Mesra Bantuan Keperluan Orang Kurang Upaya (OKU). Program ini mendapat kerjasama yang baik di kalangan agensi-agensi dan organisasi berkaitan dalam memberi bantuan barang keperluan, kewangan dan perubatan kepada warga OKU ini.
Disamping itu, kehadiran Ehsanuddin bersama Skuad Mesra ini turut membawa misi bagi mengenalpasti ahli keluarga yang mempunyai OKU di sekitar Kota Tinggi. Setelah lokasi warga OKU dikenalpasti, Skuad Mesra bercadang untuk menubuhkan kumpulan sokongan buat ibu bapa OKU bagi usaha penerapan nilai-nilai pemikiran positif dapat dilaksanakan lebih berkesan.
Usaha Skuad Mesra ini harus dipuji memandangkan ia dapat membentuk persediaan peribadi ibu bapa dalam membesar atau menjaga ahli keluarga OKU. Bukan mudah apabila ada dikalangan ahli keluarga yang OKU. Tidak kiralah kekurangan itu dari segi fizikal atau mental kerana cabarannya tetap sama.
Seperti yang berlaku di Nilai apabila seorang OKU, Muhamad Firdaus Dullah ditemui dala keadaan mengejutkan terabai, kurus kering dan bilik dipenuhi tanah dan najis. Ibu kanak-kanak ketika ditemui nafi abaikan Firdaus, namun apa yang ditemui oleh penguatkuasa di rumah terbabit menceritakan sebaliknya.
Maka langkah Skuad Mesra di Kota Tinggi dilihat bukan satu eksperimen tapi keperluan bagi mengelak perkara serupa terjadi di sana. Selain itu, usaha ini dilihat dapat meningkatkan keprihatinan dan kesedaran berterusan masyarakat terhadap golongan OKU.
No comments:
Post a Comment