Saturday, September 27, 2014

MSM Pertingkat Pengeluaran Kepada 2 juta Tan Gula!


Malayan Sugar Manufacturing (MSM) telah merangka pelan jangka panjang untuk kekal dominan dalam industri gula negara dan seterusnya ke peringkat dunia. MSM  giat melakukan beberapa transformasi bagi mengembangkan pasarannya ke tahap yang lebih tinggi.

Pihak MSM merancang untuk terlibat lebih luas dalam perdagangan gula mentah antarabangsa bagi membolehkan kawalan nilai rangkaian perniagaan yang lebih menyeluruh. 

Sebagai langkah awal, MSM mahu menubuhkan syarikat perdagangan sendiri di Dubai untuk menjadi antara tiga pemain utama industri gula global dalam masa enam tahun lagi.

Sebagai sebuah oragnisasi di bawah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), MSM bijak mencipta peluang dalam persaingan pasaran terbuka ini. Untuk kekal kukuh dalam persaingan ini beberapa siri pergabungan, kerjasama dan pemilikan aset kaitan industri bakal dilakukan.

Terbaru, MSM telah memeterai memorandum persefahaman dengan sebuah Syarikat dari United Arab Emirates iaitu Al Khaleej International Ltd untuk membina loji penapisan gula yang baharu. 

Loji yang akan di bina di Johor ini dijangka mampu mempertingkatkan kapasiti pengeluaran gula sehingga dua juta tan. Kos pembinaannya menelan belanja antara USD250 juta (RM796 juta) dan USD270 juta (RM861 juta).

Dengan usaha pembinaan loji penapisan yang baharu serta penglibatan dalam perdagangan diharap mampu melonjak pendapatan kumpulan FGV minimum 40% pada 2016 dan 2017 berbanding 23% sekarang.

Untuk makluman, MSM sudah memiliki dua buah pusat penapisan gula sementara anak syarikatnya pula mempunyai dua buah lagi di Perlis dan Penang. Buat masa ini, kesemua empat buah loji penapisan ini mampu menghasilkan pengeluaran 1.25juta tan gula.

No comments:

Post a Comment