Wednesday, September 10, 2014

RM160 bilion pembangunan projek rel kereta api!!


Menjelang 2020 nanti, itulah sejumlah RM160 bilion nilai pelaburan akan dikumpulkan bagi menggerakkan projek pembangunan rel keretapi di negara ini. Perkembangan ini memberi indikasi bahawa industri keretapi Malaysia mempunyai potensi besar untuk berkembang pesat seiring dengan keperluan semasa.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar memberitahu, industri rel ini akan mendapat ransangan daripada pembinaan transit aliran massa (MRT), projek penyambungan jajaran transit aliran ringan (LRT) serta perancangan pembinaan keretapi laju (HSR) yang menghubungkan antara Kuala Lumpur dan Singapura.

"MRT dan HSR bukanlah berakhirnya tempoh pembangunan kereta api. Banyak lagi pelan untuk lebih banyak pembangunan baharu pada masa depan seperti LRT 2 & 3, MRT 2 serta Keretapi Trans-Asia," katanya.

Projek HSR masih di peringkat penilaian oleh kedua-dua negara dan hasilnya akan dibentangkan awal tahun depan. Penilaian terperinci perlu dilaksanakan bagi memastikan kepentingan rakyat di dua negara ini terpelihara.

Mengenai projek keretapi Trans-Asia, projek berkenaan digambarkan sebagai sebuah jaringan rel keretapi yang menghubungkan antara semua negara ASEAN di tanah besar Asia dengan negara China. Pada asalnya, projek ini sebenarnya dicadangkan untuk menghubungkan Singapura dengan Kunming, China. Kini akan terus berhubung hingga ke Nanjing China.

No comments:

Post a Comment