Tuesday, September 23, 2014

Motivasi Mesra Persediaan Awal Hadapi SPM 2015



Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin turun bertemu para pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Jaafar Albar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2015.

Para pelajar ini telah dihimpunkan ke dalam sebuah program "Motivasi Mesra: Insan Gemilang SPM 2015". Ia bagi mengenalpasti kelemahan yang wujud dikalangan pelajar dan menyediakan langkah mengatasinya bagi memastikan pelajar ini siap siaga melangkah ke SPM 2015 nanti.

Program yang berlangsung, diharap dapat membina semangat dan motivasi di kalangan pelajar untuk lebih komited mencipta kejayaan secara konsisten. Setiap pelajar akan dibentuk supaya memiliki kekuatan mental yang mantap bagi menguasai semua pelajaran yang diajar oleh guru-guru di sekolah. 

"Dengan suntikan semangat dan motivasi dari program ini,saya berharap kadar pencapaian keputusan SPM bagi sekolah-sekolah seluruh Kota Tinggi dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih cemerlang." Ucap Ehsanuddin.

Kehadiran program ini betepatan sebagai langkah awal dalam pembentukkan modal insan yang berkualiti. Kerana SPM merupakan tapak permulaan bagi menilai kelayakan untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi seperti Kolej dan Universiti.

Kesinambungannya sudah tentu para pelajar ingin bejaya dengan memegang segulung ijazah. Bila kejayaan tercapai, kalangan pelajar janganlah lupa berbakti kepada negara dengan memainkan peranan yang mampu merancakkan ekonomi khususnya negeri Johor Darul Takzim. 

Kota Tinggi merupakan lokasi strategik yang berada di tengah-tengah limpahan ekonomi yang sedang berlaku di Iskandar Malaysia dan Industri Petroleum & Gas di Pengerang.



Dijangka 100,000 peluang pekerjaan akan terbentuk apabila Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang siap pada 2017 dan Iskandar Malaysia pada 2025. Peluang-peluang pekerjaan yang dijangka mendapat permintaan tinggi adalah di sektor petroleum, kejuruteraan, perniagaan, pengurusan dan lain-lain. 

"Justeru itu, para pelajar Kota Tinggi mestilah belajar bersungguh-sungguh dan cemerlang dalam pejaran supaya dapat merebut peluang tersebut." Tambah Ehsanuddin. 

Antara yang hadir memeriahkan program ini adalah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Mohd Fadhil Ishak, Pengetua SMK Tan Sri Jaafar Albar, Tuan Haji Ishak Mahpoz, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mesra, Encik Fazli Buyong dan YDP PIBG SMK Tan Sri Jaafar Albar, Encik Umar Ayob.

No comments:

Post a Comment