Wednesday, September 24, 2014

Azmin MB Selangor Baharu? Tak Perlu Berlaku Pun!


Perlantikan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu secara rasmi semalam telah menamatkan kemelut yang paling panjang dan bangang dalam sejarah negara. Mengapa bangang? Sebab dari mulanya tak perlu berlaku langsung gerakan menggantikan Menteri Besar yang baharu.

Siapa yang beriya nak menggantikan MB Selangor sebelum ini iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim. Adakah kerana desakan rakyat Selangor sendiri? atau Adakah desakan mutlak pakatan pembangkang? Kedua-duanya persoalan ini bukan penyebabnya.

Kalau lihat persoalan pertama, haram tak ada langsung kecoh perhimpunan segala bagai desakkan warga Selangor minta Khalid Ibrahim meletak jawatan. Wayang yang kelihatan hanya datang dari dalaman parti PKR itu sendiri tanpa melibatkan pengaruh luaran.

Apa yang jelas adalah permulaan pilihan raya kecil Kajang yang berlaku mengejut setelah penyandangnya Lee Chin Cheh yang meletak jawatan secara tiba-tiba. Sejurus selepas itu timbul nama Anwar Ibrahim sebagai calon PRK Kajang tersebut namun terbantut dek perbicaraan kes liwatnya yang sudah menampakkan bayang-bayang dia bakal tersungkur.

Jadi Wan Azizah yang dari dulu selenga tak buat keje pulak menjadi calon penganti. Kak Jah cakap nak bersara jaga anak, ni tetiba pulak setuju nak bertanding. Apa PKR tak ada calon lain? Calon kipas oprah cina juga diangkat.

Setelah menang PRK Kajang tidak lama selepas itu, mulalah wayang mendesak Khalid letak jawatan. Kononnya dah ada perjanjian. Tak cukup dengan timbul pula spekulasi tentang Khalid tak amanah, tak kredibel dan kedekut bagai.

Malangnya usaha PKR hanya direstu oleh DAP. Manakala PAS tidak bersetuju dengan gerakan ini. Disini menjawab persoalan kedua tadi. Desakan ke atas Khalid bukanlah suara mutlak pakatan pembangkang. Ternyata mainan syok sendiri oleh PKR ini semata-mata menjayakan matlamat peribadi individu bernama Anwar.

Apabila Khalid dipecat dari PKR dan Wan Azizah pula berjaya menghimpunkan sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri Selangor setelah mendapat sokongan dua ekor barua PAS yang membelakangkan imam mereka. Khalid tiada pilihan melainkan melepaskan jawatannya. 

Setelah Sultan meneliti nama-nama yang diterima dari ketiga-tiga parti PKR-DAP-PAS. Akhirnya nama Azmin Ali dipilih, keputusan ini bagi menghormati perjanjian di kalangan pakatan yang mahukan jawatan MB Selangor kekal milik PKR.

Penamat episod ini hanya menunjukkan bertapa banyak masa terbuang dek melayan karenah Wan Azizah dan Anwar yang meroyan nak jadi MB. Dikejar tak dapat yang dikendong jatuh berciciran. 

Bila ini terjadi, rakyat lihat yang dari awal tak perlu berlaku pun perlantikan Azmin sebagai MB, tak perlu berlaku pemecatan Khalid, tak perlu berlaku perhimpunan, tak perlu pun ada PRK kajang, tak perlu lantik Wan Azizah sebagai calon, tak perlu ada strategi bangang Rafizi, tak perlu layan nafsu jadi MB, Anwar Ibrahim. Lagi bagus tak perlu ada PKR DAP PAS yang banyak membazir dan bercakaran akan hal yang tak perlu berlaku.

Malangnya sudah berlaku. Sejarah sudah tertulis untuk dijadikan tatapan rakyat dan bakal menjadi soalan-soalan dalam kertas peperiksaan di sekolah-sekolah dan universiti. 

1 comment: