Saturday, January 12, 2013

Nik Aziz Melacur Akidah Umat Islam


Sudah acapkali kita mendengar dari puak-puak pakatan yang mengangkat Nik Aziz sebagai insan zuhud seolah-olah mulia dalam segala perbuatan dan kata. 

Sehinggakan nik aziz yang satu ketika, pernah bersolat di atas rumput atau tanah dan puak pakatan yang ada sama berada di situ berlumba-lumba mengambil gambarnya bersolat?!?! 

Dan gambar inilah yang disebarkan di setiap blog pro pembangkang untuk menunjukkan bertapa zuhud dan sederhananya beliau. Malahan gambar beliau makan bersila juga turut dijaja di alam maya.  

Apa jua gambaran mulia dan zuhud yang cuba diberikan oleh puak-puak pakatan mengenai Nik Aziz. Mereka tidak akan mampu menutup kejahilan ilmu Islam yang disampaikan melalui ucapan atau ceramahnya kepada orang ramai.

Dalam kejahilannya itu, beliau menyebarkan ilmu mengikut tahap pemikiran dan tafsirannya sendiri. Kesudahannya, keluarlah pelbagai nas-nas, dalil-dalil dan tindakbalas dalam sesuatu isu yang mengelirukan umat Islam.

Tak perlulah puak PAS melantun berdolak-dalih dan berkobar-kobar hendak mempertahankan insan yang mereka angkat sebagai Tuan Guru. 

Kerana segala kejahilan ini, diperkatakan oleh orang-orang PAS sendiri yang terkejut setelah mengikuti beberapa siri ceramah dan kempen-kempen serta cara Nik Aziz menangani isu. Semakin lama semakin jauh tersasar yang membuatkan mereka menjauhkan diri dari terus bersama PAS.

Sehingga isu penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam pun dibenarkan oleh beliau! Keputusan tanpa memikirkan implikasi dan mengkaji terlebih dahulu apa yang telah belaku di negara jiran, Indonesia apabila kalimah Allah dibenarkan diguna oleh bukan Islam. Buktinya dari statistik terkini seramai 2 Juta umat Islam murtad setiap tahun di sana. INI ADALAH FAKTA! 

Nik Aziz juga tidak mempertahankan tindakan Hassan Ali dalam isu sebuah gereja di damansara yang memurtadkan orang Islam, bukti dan laporan sudah terpampang depan mata. Namu diketepikan, sehingga Hassan Ali dipecat pun beliau tetap membisu!!

Lihat video di bawah antara kesesatan Nik Aziz yang lain.


Ini baru sebahagian! Jelas nik aziz telalu taksub berpolitik sehingga tergamak melintang pukangkan pemahaman Islam yang sebenar-benarnya.  Apa bahayanya nas-nas dan dalil-dalil ini? Bahayanya adalah, masih ramai puak-puak pakatan yang mempercayai dakwah nik aziz.  

Tindakan yang merosakkan dan melacurkan akidah umat Islam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Sekadar peringatan bagi yang lupa." Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" –(Al-Maidah: 8).
    Berhati-hati dengan komen dan posting yang dihantar kerana ianya akan menjadi persaksian-mu di padang Mahsyar kelak.

    ReplyDelete
  2. bila tahu kebenarannya jangan didiamkan. jika tahu ada silap dari tutur kata dan perbuatan jangan kita menjadi pak turut mendengar dan membisu.

    kerana membiarkan/berdiam apabila ada umat terus menerus melakukan kesilapan sedangankan anda tahu ianya salah ternyata perbuatan anda berdiam itu yang sia-sia.

    ReplyDelete