Friday, January 20, 2012

Sang Peneroka Baham Red Giants


Memang hebat!!! Pasukan Felda United berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Selangor di Stadium Hang Jebat, Melaka dengan kemenangan 1-0.

Gol tunggal yang dijaringkan oleh Azrul Ahmad pada minit ke-32 telah memberikan tiga mata kepada pasukan skuad Sang Peneroka dalam aksi ketiga Liga Super yang berlangsung 17hb Jan lepas.

Pengendali Felda, E. Elavarasan berkata "Kemenangan itu memang satu kejutan kerana Selangor adalah sebuah pasukan yang kuat dan tiga mata ini cukup berharga setelah pemain berjuang bermati-matian di atas padang."

‘‘Pujian harus diberikan kepada semua pemain terutama pada separuh masa kedua kerana dapat mengekang serangan yang dilakukan Selangor yang berusaha memburu gol penyamaan.” Tambah beliau lagi.

Warga peneroka berbangga di atas kejayaan ini dan berharap pasukan Sang Peneroka dapat meneruskan momentum kemenangan sehingga menjulang piala liga super. Insyaallah! Hidup Felda United!!

No comments:

Post a Comment