Monday, January 9, 2012

Anwar Dibebaskan!

Dalam terkinja-kinja penyokong tegar menuntut kebebasan Anwar Ibrahim melalak yang kononnya ini adalah konspirasi jahat menjatuhkan beliau. Tiba-tiba mereka semua terkejut.

Kerana mahkamah telah membebaskan Anwar Ibrahim dari kes liwat yang disabitkan. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang sebelum ini cuba disingkirkan sendiri oleh Anwar dari mengadili kes, telah membacakan keputusan berikut:

" Mahkamah tidak boleh jamin 100% intergriti bekas yang menyimpan DNA (yang menjadi bahan bukti dalam perbicaraan). Maka mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti air mani. 
(Kini) Mahkamah hanya ditinggalkan dengan keterangan saksi utama, Saiful Bukhari Mohd Azlan. (Persabitan) Ini adalah kes jenayah. Oleh itu mahkamah tidak boleh sabitkan kesalahan berdasarkan kepada keterangan sahaja. Oleh itu tertuduh DIBEBASKAN "
Selepas keputusan sampai ke tangan penyokong di luar mahkamah. Meroyan-royan mereka menyambut yang kononnya kemenangan untuk "rakyat". 

Sememangnya mereka tidak menjangkakan ini semua dan ekoran dari keputusan tersebut mereka telah menggunakan sebaik-baiknya media massa yang datang terutamanya media antarabangsa untuk melaporkan kemenangan mereka.

Ini jelas menunjukan kedaulatan undang-undang negara terjamin tanpa campurtangan atau pengaruh politik seperti yang dicanang oleh puak pembangkang. 

Penyokong tegar sejak perbicaraan berlangsung sudah melalak dan menjangkakan yang Anwar akan masuk penjara. Mereka menuduh keputusan hakim telah dipengaruhi oleh parti politik lawan iaitu UMNO khususnya. Mereka sibuk menyebarkan persepsi.

Seterusnya, belum dipastikan lagi samaada pihak pendakwaraya akan mengemukakan rayuan bagi menyemak semula keputusan dan bukti. 

Kami ingin melihat jika keputusan adalah sebaliknya, kami pasti suasana tegang dan kekecohan akan berlaku. 

Mereka juga pasti akan menunjukkan kepada dunia melalui media antarabangsa yang mahkamah telah dikuasai oleh kerajaan UMNO atau mahkamah adalah boneka Najib dan bermacam-macam lagi tohmahan.

gambar: hambali1 / mafiaboss2u

No comments:

Post a Comment