Peneroka sudah muak dengan jajaan pembangkang dalam menabur fitnah diatas usaha Datuk Seri Najib Razak dalam mentransformasikan FELDA ke peringkat antarabangsa.
Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) contohnya menjadi medan fitnah para pembangkang dalam mengagalkan usaha Najib.
Kerana mereka tahu penyenaraian ini akan memberi banyak keuntungan kepada para peneroka dan ini jelas akan menyukarkan usaha mereka dalam mengurangkan kepercayaan peneroka terhadap kerajaan.
Kerana usaha mereka selama ini telah mula menunjukkan kegagalan apabila para peneroka mula tidak menunjukkan minat mendengar perjuangan kosong yang jelas hanya persepsi terhadap FELDA.
Sebelum ini mereka melalak menyatakan yang FELDA muflis dan menanggung beban hutang yang banyak. Tapi hakikatnya mereka sendiri tahu yang FELDA ini merupakan lubuk emas negara yang menjadi sasaran utama untuk dimiliki pembangkang.
Jika sebuah syarikat dianggap muflis, tidak ada individu yang sanggup untuk memilikinya. Tapi pembangkang beriya-iya untuk mendapatkan FELDA, sebab mereka tahu kewangan FELDA kukuh dan mampu menyuntik kemajuan negara.
Contoh mudah syarikat IOI plantation yang memiliki ladang kelapa sawit seluas 150,000 hektar di Malaysia dan 80,000 hektar di Indonesia telah cukup untuk membuatkan pemiliknya dinobatkan sebagai warga terkaya Malaysia.
Jelas keuntungan berbilion ringgit telah di terima IOI melalui industri perladangan kelapa sawit yang mempunyai luas keseluruhan 230,000 hektar ini.
Tapi keuntungan FELDA lebih hebat dan utuh melalui hasil industri kelapa sawit yang berkeluasan 853,000 hektar!
Keuntungan inilah yang kami para peneroka terima melalui bonus, insentif, bantuan pendidikan, modal niaga, rumah baru dan bermacam-macam yang jelas menggoyahkan usaha pembangkang dalam merobek transformasi Najib
Gambar: UMNO-online
No comments:
Post a Comment