Friday, January 20, 2012

FGVH Terokai Industri Hiliran


Sabri Ahmad

Presiden dan Ketua Eksekutif Felda Global Ventures Holdings (FGVH), Datuk Sabri Ahmad memberi penekanan untuk mengembangkan model perniagaan sedia ada kepada industri hiliran.

Buat masa ini model perniagaan FGVH banyak bergantung kepada pergerakan harga komoditi minyak sawit mentah (MSM) yang turun naik.

Arah tuju FGVH ini dilihat bertepatan dimana dapat mengurangkan kebergantungan pada pasaran global MSM semata-mata. 

Industri hiliran ini adalah untuk menggalakkan pemprosesan bahan mentah dari Malaysia sendiri kepada produk pengguna akhir yang boleh memberikan keuntungan berlipat kali ganda.

Konsep ini telah digunapakai di Malaysia sebelum ini tapi kini akan dirancakkan  dalam model perniagaan FGVH. 

Contohnya bijih timah yang merupakan hasil bumi terbesar Tanah Melayu suatu ketika dulu hanya mampu kita ubah kepada bentuk jongkong dan dieskport ke negara barat.

Jongkong bijih timah tersebutlah yang digunakan oleh industri hiliran di barat untuk diproses dengan campuran beberapa bahan lain untuk menghasilkan beberapa produk akhir seperti tin, kabel, jentera dan kereta. 

Produk ini pula di hantar semula kepada kita dan akhirnya negara barat dan eropah lah yang menerima keuntungan besar dari hasil bumi kita.

Sebab itu Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri ingin Malaysia menjadi negara industri yang jelas lebih banyak membawa keuntungan kepada negara. 

Kini langkah serupa diambil oleh FVGH dengan tujuan mengembangkan produk asas MSM Felda kepada beberapa produk akhir yang lebih menguntungkan. Antara yang berpotensi untuk dimajukan adalah penghasilah Bio-Diesel. 

Penghasilah Bio-Diesel ini adalah bersesuaian kerana mampu menjadi sumber bahan api alternatif bagi menggantikan petrol yang merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui.

Untuk merealisasikan perancangan ini, FVGH masih dalam proses menyaring  bakal rakan kongsi yang mempunyai kapasiti untuk membawa masuk teknologi dan rangkaian pemasaran terbaik untuk Felda. 

Sudah kedengaran ura-ura beberapa nama besar dalam penghasilan produk pengguna akhir seperti syarikat Archer Daniel Midlands (ADM) dan Bunge Limited disenaraikan. Keputusan belum dimuktamadkan lagi.

Dua syarikat gergasi dari Amerika ini sememangnya terkenal dalam memproses bahan mentah asas (jagung, gandum, minyak sayur dll) kepada produk makanan, bahan api alternatif, bahan kimia, baja dan lain-lain produk yang mempunyai pasaran luas global.

Strategi ini bukan sahaja dapat menjamin kestabilan FGVH di masa hadapan malah dapat meningkatkan nilai pasaran saham apabila disenaraikan di bursa saham nanti.

Secara totalnya, semua ini bakal meningkatkan pendapatan para peneroka yang merupakan pemegang saham terbesar dalam FGVH. 

No comments:

Post a Comment