Berita baik untuk para peneroka apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Ahmad Maslan Menteri memberitahu media bahawa penyenaraain FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) ke bursa saham dijangka berlaku pada bulan April atau Mei tahun ini.
Fuhh! Best betul, yalah seramai 224,000 ribu peneroka yang merupakan pemegang saham terbesar Koperasi Permodalan Felda akan menerima keuntungan hasil dari penyenaraian ini. Ini bererti pendapatan para peneroka akan meningkat lebih tinggi. Syukur!
Buat masa ini, tiga bank saudagar yang dilantik pada cadangan tawaran awam awal (IPO) sedang melakukan beberapa kajian sebagai langkah awal sebelum penyenaraian nanti.
Dah selesai kajian nanti, tiga bank saudagar terbabit akan mengemukakan hasil kajian dan cadangan kepada Lembaga Pengarah Felda untuk diselidiki sebelum melangkah ke peringkat seterusnya. Panjang prosesnya.
Tetapi masih terdapat sebilangan besar para peneroka kurang faham apa kebendanya IPO tu? Apa mekanisma IPO? Jadi kami difahamkan yang pihak pengurusan FELDA akan bertemu para peneroka bagi menjelaskan kekaburan dalam isu penyenaraian ni.
Bagus kalau dapat ilmu pasal IPO ni, masa depan boleh juga gunakan untuk laburkan dalam saham-saham yang lain. Side income lah katakan.
Tak mustahil ialah beratus-ratus syarikat disenaraikan dalam bursa saham dan majoriti syarikat terbabit menerima suntikan keuntungan hasil dari penyenaraian terbabit. Ekoran dari itu pemegang saham juga yang akan terima imbuhannya. Memang masyukkkk duit tahun ni.
Transformasi kerajaan dalam FELDA sememangnya menguntungkan para peneroka.
No comments:
Post a Comment