Macam kebiasaan, taktik pembangkang adalah memainkan sebanyak mungkin persepsi negatif terhadap kerajaan dan pemimpin BN. Sebelum ini YaPiem dan 1MDB terus menerus dihujani dengan pelbagai maklumat mengelirukan oleh pihak pembangkang.
Penipuan dan percabulan maklumat bagi mengikut selera pembangkang ini tidak berpehujung. Bila setiap tuduhan sudah dijawab, pasti ada sahaja jawapan yang akan dipusing. Turut menjadi mangsa, Tabung Haji (TH) yang difitnah mengalami kerugian dan tidak mampu membayar dividen kepada para pendeposit.
Lebih kurang seminggu sebelum tarikh pengumuman, sudah timbul desas desus kononnya TH tidak mampu membayar dividen. Kekeliruan ini menjadi keruh apabila kebocoran surat dari pihak Bank Negara Malaysia kepada TH yang menegur mengenai prestasi kewangan dan pelaburan organisasi Islam terbabit.
Perkara ini menjadi peluru buat pembangkang untuk menyerang TH. Namun semua itu tidak bertahan lama, kerana dengan mudah dipatahkan oleh pihak TH dan turut dibantu dengan penerangan pemimpin BN, antaranya Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid. Beliau menempelak fitnah yang dimainkan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli terhadap TH.
Rafizi dengan sengaja hanya menyentuh bahagian kerugian yang dialami TH ini. Perkara ini telah memberi tanggapan negatif rakyat bahawa TH ini bakal bankrap dan tidak mampu membayar deviden. Lebih buruk ada menuduh Kerajaan BN telah mengambil duit TH. Kesan daripada dakyah tersebut, sebilangan pendeposit TH yang terpedaya telah bertindak mengeluarkan simpanan mereka.
Walhal jika dilihat pada sejarah, tiada satu tahun pun pihak TH terlepas membayar dividen kepada pendepositnya. Malah pada krisis ekonomi dan kewangan terburuk 1997/98, pihak TH masih mampu mengumumkan peratusan dividen kepada pendeposit. Kali ini TH mengumumkan dividen 8% (5% + 3%) dan ia merupakan peratusan tinggi sejak lebih 10 tahun.
Surat teguran dari BNM pula tidak menyentuh atau memasukkan penglibatan TH dalam beberapa pelaburan lain yang menguntungkan. Menurut Ehsanuddin, Rafizi sengaja menyembunyikan kebenaran laporan kewangan TH. Mengenai untung rugi, ia merupakan perkara biasa dalam perniagaan.
Rasa sesiapa yang pernah berniaga akan faham, bagaimana hebat pun strategi dan berapa puluh tahun pengalaman dalam perniagaan. Kerugian adalah satu perkara wajib dirasai. Begitu juga TH, namun Rafizi hanya memberitahu rakyat bahawa 10 portfolio perniagaan TH yang rugi tetapi sengaja mendiamkan 40 portfolio lain yang memberikan keuntungan tinggi.
Apa yang perlu dinilai adalah secara keseluruhan barisan portfolio dan pentingnya adalah keuntungan total mengatasi kerugian. Jadi bukan sesuatu yang mustahil untuk TH memberikan dividen kali ini dan terus konsisten di masa-masa akan datang.
Lawaknya, walaupun dakyah Rafizi ini berjaya membuatkan ramai pendeposit mengeluarkan simpanan mereka. Tetapi Rafizi tidak pula membawa keluar duit dari kerugian berdasarkan teori beliau sendiri. Malah buat muka seposen membiarkan depositnya dan terus menerima dividen berjumlah puluhan ribu.
Sampai bila rakyat akan terus menjadi mangsa penipuan demi penipuan Rafizi ini? Dia tipu, dia untung. Rakyat? Habuk pun tak dapat. Lepas ni bila dengan sahaja Rafizi, rakyat tolak siap-siap dari menjadi mangsanya.
No comments:
Post a Comment