Saturday, March 26, 2016

Anak FELDA Dilantik CEO FGV Bermula 1 April


Khidmat Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Emir Mavani bakal berakhir tidak lama lagi. Beliau yang telah berkhidmat sejak Julai 2013 telah membawa pelbagai perubahan kepada FELDA dan FGV. Usaha dan jasa Mavani akan sentiasa dikenang dalam meneruskan aspirasi Allahyarham Tun Abdul Razak ayahanda PM, DS Najib Tun Razak.

Kini ramai tertanya-tanya siapa bakal penggantinya. Adakah orang luar? Tidak perlu kita menunggu lama kerana jawapannya sudah diketahui lebih awal. Anak peneroka Felda Palong 1, Negeri Sembilan, Datuk Zakaria Arshad telah dipilih bagi menggantikan tempat Mavani yang bakal dikosongkan.


Pilihan Zakaria menduduki kerusi CEO ini adalah bertepatan dengan latar belakangnya yang bukan sahaja sebagai anak FELDA. Malah memiliki pengalaman luas setelah berkhidmat bersama kumpulan FELDA sejak 1984. 

Antara nama anak-anak syarikat FELDA yang beliau pernah berkhidmat adalah Rubber Product Sdn Bhd, FELDA Marketing Services Sdn Bhd, Delima Oil Product Sdn Bhd dan Malaysia Cocoa Manufacturing.

Beliau memiliki Ijazah Sains sosial dari Universiti Saind Malaysia (USM) dan telah menyertai kursus eksekutif perniagan di Fakulti Perniagaan Havard dan Kolej Pembroke di Universiti Cambridge. 

Ini membuktikan beliau ada kredibaliti dari sudut akademik dan jelas mempunyai pengalaman luas dalam selok belok perniagaan FELDA. Berita perlantikan ini, adalah bukti bahawa anak FELDA sememangnya mampu menerajui syarikat-syarikat gergasi dunia seperti FGV.

No comments:

Post a Comment