Hakikatnya rakyat sudah melihat sendiri, sudah berapa kali harga minyak mentah dunia turun. Harga barang, tambang, tiket wayang, makanan, minuman, baju, kasut dll tidak menunjukkan tanda-tanda akan turun. Sehingga kini tiada satu pun mengena dengan teori Rafizi.
Dalam perkhidmatan awam juga, sudah kedengaran desakan dari pembangkang supaya caj tambang di turunkan. Selepas rasionalisasi tambang yang berlaku tahun sudah. Caj tambang perkhidmatan awam teksi dan bas perlu dinaikan, kerana ada yang tidak menerima kenaikan lebih 10 tahun!
Dalam 10 tahun kebelakangan ini, kita boleh melihat sendiri berapa kali kenaikan drastik harga minyak dunia berlaku. Tapi harga tambang kekal! Walhal pengendali ini berhak untuk semakan tambang setiap 2-3 tahun sekali bagi menentukan kenaikan. Kesan daripada itu, banyak syarikat perkhidmatan terjejas kerana tidak mampu menampung kos operasi.
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menyuarakan jangan kita lekas membuat rumusan mudah, caj tambang perlu diTURUNkan mengikut harga minyak semasa. Kerana tiada rumusan mudah dalam menentukan kenaikan tambang ini. Banyak faktor perlu diambil kira dalam memuktamadkan keputusan bukan harga minyak semata-mata.
"Pengusaha bas tidak perlu menurunkan harga tiket walaupun harga minyak mentah dunia berada pada tahap terendah. Ini kerana perkhidmatan pengangkutan itu bukan hanya bergantung kepada harga bahan api semata-mata tetapi turut menanggung kos lain seperti Cukai Barang dan Perkhimatan (GST), kos penyelenggaraan dan skim perlindungan Insurans" Jelas Syed Hamid dengan terperinci
Beliau turut mengingatkan, caj tambang perkhidmatan ini tidak boleh bersandarkan atau diapungkan mengikut harga minyak dunia. Ia akan menimbulkan kecelaruan dalam industri perkhidmatan awam negara jika naik turunnya terlalu pantas. Bukan sahaja pengendali pening, pengguna juga akan keliru caj tambang tiba-tiba naik dan turun mendadak setiap hari.
Hari ini caj tambang naik. Esok pula jatuh sikit. Lusa tambang naik lagi lebih tinggi dari sebelumnya. Seolah kita menjadikan caj tambang ini sebagai satu bentuk saham yang jatuh naiknya aktif sehari-hari. Rasanya setakat ini kita sudah boleh nampak gambaran mudah mengapa caj tambang tidak perlu diturunkan.
Lagi pun perkhidmatan awam 10 tahun dulu dan kini amat jauh berbeza. Perkhidmatan bas awam semakin moden dengan dilengkapi ciri keselamatan terkini. Perkhidmatan rel pula semakin berkembang menghubungkan bandar serta taman perumahan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
No comments:
Post a Comment