Sunday, March 20, 2016

Landasan Berkembar Gemas-JB Beroperasi 2021


Sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan bagi menyediakan infrastruktur landasan berkembar elektrik laluan Gemas ke Johor Bahru (JB). Kita dapat jangkakan laluan sepanjang 197km ini sudah tentu membawa limpahan ekonomi kepada penduduk di 11 stesen yang akan dilalui.

Perkara ini adalah sama berlaku di stesen-stesen sepanjang laluan LRT STAR sebagai contoh. Semasa tinjauan awal di stesen LRT Taman Cahaya dan Cempaka. Selepas LRT siap, kerancakan pembangunan bercambah pesat, malah nilai hartanah sedia adameningkat drastik tidak sampai 3 tahun LRT beroperasi.


Situasi ini juga, bakal kita lihat di 11 stesen ladasan berkembar elektrik ini nanti yang terdiri daripada tiga stesen utama iaitu Segamat, Kluang, Kempas Baru beserta stesen kecil yakni Genuang, Labis, Paloh, Mengkibol, Layang-layang dan Kulai. Terdapat juga dua perhentian tambahan yang akan dilalui seperti di hentian Bekok dan Renggam.

Dijadualkan beroperasi menjelang 2021, sudah pasti memberikan impak positif kepada penduduk di sekitar stesen-stesen terbabit. Perumahan baru, pusat perniagaan dan peluang pekerjaan akan tumbuh bak cendawan sekaligus merancakkan ekonomi setempat.

Selain daripada itu, stesen ini juga akan dilengkapi dengan teknologi terkini seperti sistem persemboyanan, sistem komunikasi dan sistem elektrifikasi. Sistem-sistem ini memberikan saling berhubungan dalam meningkatkan mutu keselamatan stesen dan sepanjang laluan rel. 

Bagi melicinkan lagi operasi landasan berkembar ini, beberapa ciri tambahan keselamatan lain turut diadaptasi seperti CCTV di setiap stesen dan perhentian, Sistem perlindungan tren automatik (ATP), Sistem Pengenalan Tren (TDS) dan Sistem kawalan laluan automatik (ARSS).

Dengan intergrasi pelbagai teknologi dalam projek ini. Ia dilihat mampu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap mutu perhidmatan rel tersebut. 

Siap kelak, laluan ini bakal menarik sejumlah 1.45 juta penumpang dengan kekerapan 22 perkhidmatan sehari merangkumi gabungan rangkaian perkhidmatan antarabandar, ulang alik dan perkhidmatan ETS. Kapasiti penumpang ini juga akan meningkat secara berperingkat-peringkat dan penambahan gerabak juga akan berlaku selari.

Nampaknya tidak mustahil lagi untuk penduduk berulang alik ke tempat kerja walaupun jarak perjalanan yang jauh. Kerana tren di laluan berkembar Gemas-JB ini mampu mencecah kelajuan sehingga 140km/s. Bermakna jarak 100km ke tempat kerja mampu disingkatkan kurang daripada sejam.
Tidak perlu lagi bersesak atau berpenat untuk ke tempat kerja. 

Melihat kepada kemudahan perkhidmatan awam darat yang semakin berkembang maju. Membuktikan usaha kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam merencana transformasi mobiliti awam buat rakyat mula menampakkan hasilnya. 

No comments:

Post a Comment