Thursday, February 11, 2016

Bakti Zullifan Dari Industri Penerbangan Ke Industri Teksi!


Susuk tubuh ini bukan dambakan populariti, hanya ingin kongsikan sedikit pengalaman dan promosi perkhidmatan setelah setahun meninggalkan industri penerbangan. Zullifan Chen Din yang baru seminggu secara rasmi sebagai pemandu teksi menjadi terkenal apabila kisahnya menjadi hebahan di media sosial dengan lebih 23,000 LIKES dan 4,000 SHARE. 

Perkongsian awal kisah Zullifan ini dibuat oleh anaknya, Mohd Zulhelmi adalah bagi tujuan membantu promosi perkhidmatan ayahnya. Siapa sangka ia mendapat perhatian jutaan pengguna FB seluruh negara. Perkara ini menjadi trending seketika, sehingga menarik minat media-media negara dan Astro Awani membuat liputan mengenai perjalanan pemandu teksi, Zullifan.

Zullifan baru seminggu berkhidmat, tampil dengan pakej tersendiri dalam memberikan diskaun. Antara pakej yang ditawarkan adalah dengan menggunakan kupon beserta tagline "Elmi Handsome" untuk harga lebih murah berbanding meter.

Anaknya, Zulhelmi dalam posting di FB menulis jangan mempersoalkan mengapa ayahnya memilih kerjaya sebagai pemandu teksi dan bukannya pemandu bebas seperti perkhidmatn UBER. Hanya dari satu posting tersebut, anaknya tidak henti-henti dihujani pelbagai reaksi positif rakyat dari mesej peribadi, komen, SMS dan panggilan telefon bagi menempah perkhidmatan teksi ayahnya.

Suara kecil dalam industri teksi begini amat penting bagi membuka mata rakyat tentang imej pemandu teksi. Ini berikutan industri teksi selama ini tercemar dengan sikap biadap dan sekaligus memberi tanggapan ia kerjaya golongan berpendidikan rendah.

Itu dulu! Jangan terkejut bila ada diantara pemandu teksi sekarang ini adalah bekas pengarah syarikat, profesional dan persara berjawatan tinggi di tempat kerja sebelumnya. Mereka sebenarnya mempunyai kemampuan untuk berniaga sendiri tetapi memilih kerjaya teksi atas alasan tersendiri.

Zullifan adalah antara individu profesional yang memecah tanggapan negatif pengguna tentang latar belakang pemandu teksi selama ini. 

No comments:

Post a Comment