Pengendali lori jenis paka ini juga dikehendaki menggunakan laluan khas yang ditetapkan bagi proses memindah bauksit. Ia merupakan antara langkah awal bagi meminimumkan kesan pencemaran berperingkat-peringkat yang sebelum ini tidak dipatuhi oleh pengendali terutama dari perlombongan haram.
Usaha ini perlu diperteguhkan dengan kerjasama agensi penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kolaborasi dengan beberapa penguatkuasa dan agensi kerajaan berkaitan ini dilihat relevan bagi memastikan pematuhan peraturan lebih konsisten. Kita tidak mahu isu ini berpanjangan dan sekaligus memangsakan penduduk sekitar dengan selut kemerahan.
Apa yang penting, janganlah kita erlalu mudah menghukum menyalahkan salah kerajaan. Penguatkuasaan dan tindakan undang-undang telah dilaksanakan dengan tegas yang membawa kepada pergantungan beberapa operasi perlombongan. Malangnya ada juga pemilik tanah yang gelap mata mengejar keuntungan membenarkan operasi perlombongan secara sulit.
Melihat kepada situasi ini, Kementerian Pengangkutan tampil memainkan peranan mengikut peruntukan undang-undang yang ada bagi menyekat pencemaran menjadi parah. Antara lokasi terkesan dengan diselaputi lumpur tebal dari bawaan bauksit ini adalah di sepanjang laluan Felsa Bukit Goj dan Bukit Kuantan.
No comments:
Post a Comment