Thursday, February 4, 2016

Tawaran 50 Peratus Buat Pengguna KTMB



Pelbagai perkhidmatan awam tampil dengan pakej diskaun masing-masing. Sebelum ini kita sudah mendengar perkhidmatan rel ERL dan LRT memberikan diskaun kepada golongan pelajar. Kali ini KTMB juga turut tidak ketinggalan memberi diskaun sehingga 50% sepanjang Februari ini.

Diskaun 50% ini akan diberikan kepada penumpang yang menaiki tren dari Stesen Padang Besar, Perlis DAN Stesen Gemas, Negeri Sembilan. Promosi ini layak untuk perjalanan sehala dan dua hala dari dua stesen tadi ke mana-mana jaringan destinasi. 

Memandangkan sambutan Tahun Baru Cina semakin hampir, usaha KTMB ini sekurang-kurangnya dapat memberi manfaat kepada rakyat di musim cuti. Perisik jangkakan ramai akan merebut peluang ini kerana perkhidmatan keretapi merupakan antara medium pengangkutan awam utama selepas bas.

Beberapa tambahan jadual perjalanan juga dipertimbangkan bagi memenuhi permintaan meningkat waktu cuti ditambah pula dengan promosi 50% ini. Pengguna pasti memenuhi stesen tersebut, tidak mustahil jika ada yang sanggup datang dari jauh kerana perbezaan harga amat ketara dengan pemberian diskaun dari dua stesen ini.

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid sememangnya mengalu-alukan sebarang bentuk diskaun dari pengendali perkhidmatan awam. Kerana tindakan begini mampu memberi tambah nilai dalam menarik jumlah pengguna perkhidmatan awam. Disamping itu, jelas mampu mengurangkan kos pengangkutan awam.

Ada pengendali yang memperkenalkan kad diskaun mingguan dan bulanan. Ada pula memberi diskaun bermusim seperti musim perayaan dan tiap kali cuti sekolah. Apa jua strategi digunakan bagi menarik minat rakyat dalam mengutamakan pengangkutan awam.

Sebarang maklumat lanjut mengenai diskaun 50% dari dua stesen Gemas dan Padang Besar, bolehlah berkunjung ke laman web www.ktmb.com.my atau menghubungi talian 0322671200

No comments:

Post a Comment